Pages

Monday, April 16, 2018

Hello 2018!

Assalamualaikum. Hello 2018. Fuhh lama amat-amat tak main blog. Dah tiba-tiba pulak rasa nak menulis blog. Alaaa blog blog ni zaman dulu je orang rajin layan. Dulu memang trending main blog ni. Tapi since zaman sekarang ni orang layan Instagram je lebih, orang dah tak tengok dah blog-blog orang. Orang sekarang lebih suka benda berbentuk visual daripada membaca ayat berjela-jela ni. Eh tapi kalau blogger yang best tu, seronok je baca blog dia. Blog aku ni jelah takde viewer. Bosan kot blog aku ni. Lagi pulak dah lama gila tak update. So haram lah nak ada reader. Tapi takpelah. Aku type-type ni pun, sebab saje je nak hidupkan balik blog ni. Rasa sayang nak delete ke, terminate ke.

Tapi..... serius taktau isu apa nak share dalam entry ni. Umur dah 26 kot. Dah tahu rasa malu nak share benda-benda melibatkan perasaan ni. Dah tahu segan bila orang tau pasal private life kita. Kalau dulu mashaAllah, sikit tak malu. Habis semua pasal perasaan nak dibagitahunya. Ya Allah maluuuu. Tapi takpelah kan. Nama pun dulu-dulu. Umur masih muda, banyak benda tak tahu lagi. Tahu nak bercinta, nak berperasaan je.

Okaylah. Kita post entry merapu ni jelah dulu. Kang bila dah ada idea kang, kita buat entry baru. Okaybye.

Wednesday, December 14, 2016

Hai!

When you have no one to talk to, but you really need a medium to listen to your story, then you will find your blog back. So here I am.

Kalau dulu, blog ni jadi tempat nak cerita macam-macam, kalau dulu blog ni jadi tempat nak share all kind of things, tak kira happy ke sedih ke, tapi now ni, bila dah berumur 20-an ni, blog ni jadi tempat meluahkan je rasanya. Sebab bila dah besar ni, bukan senang-senang boleh cerita masalah kat orang lain. Bukan tak percaya, tapi bila kita ada masalah, kita memang perlu terus meluahkan, pada masa itu. Tapi mostly sekarang ni, member pun ada yang belajar, and ramai dah kerja. So, semua-semua tulah buat kita rasa malas nak bercerita dengan orang. Eloklah rasanya berkata-kata kat sini je.

Actually time berperasaan tu, macam-macam je rasa nak cakap. Tapi bila dah cool down, and tiba-tiba menghadap blog kononnya nak post entry, terus hilang idea apa nak cakap.

Ouh haa cuma nak cakap sikit je...

LETIH

SEDIH

KECEWA

okaybye

Saturday, February 20, 2016

Heartbreak

Baru lepas kemas itu, kemas ini, jemur kain, basuh baju kerja. Penat. Terus bukak laptop. Dan tadaa..

YOU'RE MARRIED

Angin tak ada. Ribut tak ada. Khabar tak ada. Berita tak ada. Apatah lagi jemputan. Alih-alih nampak kat Facebook. Why? Kenapa tak cakap? Kenapa tak bagitau? I know I'm not important at all to you. But I'm a friend. We're used to be so close that you always call and text me.

Maybe mom was right. I'm too harsh, cold and senseless. Or maybe it really is my fault. I push you. I push people away.

To be honest, I was hoping miracle to happen. But never mind. And yes, this untold news really breaks my heart. I'm not quite sure of the reason why am I being like this, it's just.... hurts.

After all, I'm glad we are best friends. WERE best friends I guess, starting from now on.

Happy Marriage, dear you. Wishing you the best this world could give.


Friday, October 16, 2015

Separuh Nyawaku




SMKA Sheikh Haji Mohd Said
2005-2009



Nurshahira Ashwani 



Siti Nazirah 



Ros Amalina 
(on the left)



Nurul Amirah Syazana 







SMK Seri Ampangan
2010-2011



Nur Aida Farhana 



Norasin 



Nor Iqlima



Muhammad Akmal



Muhammad Fitri







Universiti Utara Malaysia
2012- present



Nurfatimah Shafiqah 



Noraini



Mohd Helmi



Mohamedfathan





Sayanglah mereka seadanya,
mungkin akan datang suatu hari,
kau terluka kerananya,
Tuhan punya kuasa.

Kalau datangnya atas anugerah Tuhan,
kalau perginya pun atas kehendak Tuhan,
maka seluruhnya aku berserah.



Saturday, October 10, 2015

What Is Our Standard?

To fall in love and be loved by someone, is always everyone's dream. But how about falling in love, without a nikah or before marriage?

First of all, let me clear up this thing. Kadang-kadang, kita teringin sangat nak rasa, apa yang orang rasa. Terasa nak buat, apa yang orang buat. You not what I meant. To fall in love to be exact. Tapi, kadang tengok balik dalam dirikita.. Am I good enough to be with someone? Am I prepared? Well this is not about to fall in love anymore, this is about marriage.  To me, there's no such thing as to fall in love and have a couple BEFORE a marriage. Islamic couple? Kill me! Big NO for that.

Okay, about falling in love before marriage, how would you define that as a true love? Luang masa bersama? Beri hadiah untuk hari istimewa atau saja-saja? Bergayut bermsg 24/7? Datang rumah jumpa parents, baik-baik dengan keluarga dia? Itu ke cinta yang dimaksudkan? Okay, now lets see. Ayat apa yang sangat ditekan kepada kita, as a teen? "Jangan dekati zina". So what's that suppose to mean? Kalau itu pun Allah dah highlight dalam Quran, apa yang telah kita buat sekarang? Perhubungan itu ke yang akan dirahmati dan dijaga Tuhan? Kalau permulaannya pun kita dah melakukan dosa, kalau memulakan perhubungan pun kita dah berani melanggar Tuhan, apa lagi yang tinggal untuk mengharapkan keredhaan Tuhan? Itu baru bermain perasaan dan menjalin hubungan, belum kira yang duduk berduaan, berpegangan tangan dan sebagainya. Bahagian mana yang Allah janjikan kebahagiaan?

This second point goes to women who are in a relationship before marriage. Ladies. Setiap kita sangat menginginkan pasangan yang baik-baik. Baik akarnya, baik buahnya. Baik ibunya, baik anaknya. Kalau sekarang pun kita dah bagi segala perasaan, harapan, janji, kemanisan bercinta, kelembutan tingkah laku kita, apa je lagi benda yang boleh kita janjikan dan berikan secara istimewa kepada suami kita? Kalau kita dah bagi teman lelaki rasa manja, rasa cinta rindu, dan segala ayat-ayat manis, apa istimewanya suami kita? Kalau sama sahaja, eloklah kiranya standard suami kita itu sama sahaja dengan teman lelaki kita.  Girls, kita perempuan, yang dicipta Allah dengan penuh rasa malu. Kalau ini pun kita tak berasa malu, maka hilanglah sedikit title seorang wanita muslim. Mana lagi rasanya malu kita, kalau sekarang pun kita tak reti menjaganya. Sudahlah bercinta tanpa ikatan, rancak pulak ditunjuk seluruh dunia. Sudahlah kita membuat dosa, lagi pula mahu menambahnya dengan tontonan awam. Wanita, malulah kamu. Tanamkan rasa malu tu. Tingkah laku kita, kata-kata kita, perasaan kita. Semua yang kita pamerkan, balutulah dengan perasaan malu. Malu untuk diri sendiri, malu pada ibu bapa yang penat menjaga maruah kamu, malu pada malaikat di kiri kanan kamu, yang tak putus mencatit setiap kelakuan kamu, malu pada bakal anak-anak kamu, yang memgetahui ibunya pernag dicintai dan mencintai selain ayahnya. Ketahuilah kita sebagai perempuan yang belum berkahwin, dosa pahala kita masih diberatkan kepada ibu bapa. Berjagalah kelakuan kita demi akhirat mereka yang akan dipersoal.

Kalau redha Allah yang kita mahu dalam perhubungan, berkekalan dengan aman, maka mulakanlah ia dengan cara yang diterima Allah. Perasaan cinta dan sayang yang hadir sebelum pernikahan adalah peradaan yang didatangkan daripada syaitan, dan itulah nafsu. Nafsu yang sangat dituntut Islam untuk dijaga dan dibendung, malah dihindarkan. Jagalah akhlak kita yang sekarang, agar waris kita juga mengamalkan kebaikan seperti kita. Jaga maruah kita. JAga maruah ibu bapa kita. Kita perempuan tak ada lain yang boleh dibanggakan selain malu. Jika itu pun kita dah buang, maka apalah lagi mahu digelarkan? Lelaki yang baik akan mengambil dan memilikimu dengan cara yabg terhormat. Seperti mana sang kaya mengumpul dan bersusah payah untuk memiliki kereta idamannya, begitulah seorang lelaki akan menjaga dan bersusah payah untuk memilikimu. Tercalar maruah kita, andai senangnya kita memberikan kasih, sayang, dan janji setia kepada mereka yang mahu memiliki tanpa bersusah payah, seerti murahnya kita kerana begitu mudah. Tak perlu mengharapkan lelaki untuk menghoramati kita, andai tubuh dan maruah kita sendiri kita tak hormati.

Mak selalu cakap, "kita perempuan seronok-seronoklah dengan pasangan. Kalau dah termengandung nanti, lelaki tu takkan nak kahwini kamu, dia akan lari. Yang menderita, awak sorang.

"Kita bercinta sekarang, kita nampaj lelaki tu sayang je kita, elok je dengan kita, tapi jauh dalam sudut hati dia, dia tengah menilai kita. Dia nilai kita perempuan yang macam mana. Yang mudah disentuh? Yang mudah dipujuk? Yang mudah disayang dan dicuri hatinya? Lelaki, bercinta dengan perempuan murah pun dia sanggup, diberi perempuan pelacur pun dia masih okay, tapi kalau untuk dibuat isteri, yang baik-baik juga yang dicari, yang menjaga maruahnya juga yang dia mahu. Sebab perempuan yang pandai menjaga maruahnya, pasti pandai menjaga maruah suami dan keluarganya."

Mak, I'll remember every words you've said to me. I'll be a good daughter for you. I'll give you a good son-in-law for you, who knows what I'm worth to him, and knows how to treat me and our family, very well. Above all, a guy who knows his responsibility to His creator, his family, and his beloved. I'll promise you mak, I'll never get into a haram relationship, so you wouldn't be burden by sins made from me.