Pages

Tuesday, August 31, 2010

Sayang Semuanya

nurshahira ashwani
siti nazirah
nurul amirah syazana
ros amalina
nur aida farhana
hajar solehah
muhammad fitri
muhammad atik
ahmad farhan
*dan seseorang yang tidak boleh disebutkan namanya
atas sebab sebab tertentu ;)


it's nice to have a friend like you
and it's honour to have you in my life
may Allah bless you
much love from me


p/s : sayang semuanya =)

Saturday, August 28, 2010

Friday, August 27, 2010

Teringat Zaman Dulu Dulu

kadang-kadang kan,tiba tiba je teringat masa kita sekolah dulu kan. masa tadika,sekolah rendah, dengan sekolah menengah. rasa macam sayang je sebab kita dah tinggalkan semua zaman tu. lagi seronok kalau dapat balik ke zaman tu,buat balik apa yang kita buat masa tu,main main, gurau gurau. jadi, bila dah agak dewasa ni, teringin lah pulak nak ingat ingat balik semua kenangan dulu dulu. mari bercerita. have fun (^_^)

ZAMAN TADIKA

1. selalunya ayah yang hantar org pergi tadika(bukan selalu,memang ayah je yang hantar). dalam perjalanan pergi tadika mesti org tidur. tak taulah kenapa. nak kata tidur tak cukup,malam malam punyalah tidur awal. berita tv3 belum habis,mata dah terlelap dah

2. bila sampai tadika, mesti letak beg warna kuning dengan biru(warna rasmi beg tadika)dalam kelas lepastu kena ambik buku cerita Peter & Jane. lepastu kena duduk sebelah cikgu dan sambung bacaan semalam. dalam kelas,org lah yang paling dah jauh baca.maa tu kira macam org lah paling pandai. hehehe..

3. bila sessi tadika nak mula, org lah jadi ketua kena conduct murid murid menyanyi. haha. malu jer kena naik atas bangku dan hayun tangan ikut rentak lagu. kira macam ketua umum lah kot masa tu

4. kerap kalinya bila pergi tadika, lepas sampai tadika je,org akan salam tangan ayah dan terus pergi belakang tadika. tekalah apa orang buat kat belakang. orang menangis sorang sorang! waa! sedih sangat sangat masa tu sebab kena 'berpisah' dengan ayah. tapi lepas nangis je,pergilah ambik buku Peter & Jane dan baca

ZAMAN SEKOLAH RENDAH

1. kat sekolah rendah,orang ni agak bising jugak. banyak cakaplah senang cerita. dapat pulak kawan yang mulut kepoh,lengkap sangatlah tu.

2. masa org darjah 1 2 3, org menumpang sekolah sebab sekolah kitorang sedang dalam pembinaan. jadi bila dah dasarnya menumpang,memang takutlah dengan budak budak sekolah asal. sampai kena buli lah dengan sorang budak ni. tak pasal pasal org kena kepung dengan dia dalam tandas,dia tak bagi keluar. cuak jugak masa tu. tapi itulah yang pertama dan terakhir org kena buli. haish. sumpah taknak kena lagi

3. budak sekolah rendah pun dah mula main suka suka ke? sebab org selalu kena sakat dengan kawan kawan perempuan. katanya,ada sorang budak kelas kitowang ni suka kat org. dah la tak habis habis hari hari org kena ejek dengan dia. dahla tu,siap tolak tolak org lagi suruh dekat dengan budak tu. eh eh diorang ni,sedap sedap je. nasib baiklah tenaga diorang tu tak kuat sangat nak tolak org kuat kuat. tapi org rindu jugak nak tahu kat mana budak tu sekarang. hemmm

4. bila darjah 4 5 6 pulak, org pindah sekolah. masa ni, orang dah tak bising sangat, tapi org jadi aktif gila.
banyak pertandingan org masuk. bahas,pidato,bercerita,bersajak,menyanyi,bersajak pun ada.

5. masa kat sekolah ni,org boleh dikatakan popular jugak lah..ngeh ngeh ngeh. org jadi pengawas masa darjah 6. masa darjah 5 pulak,ramai je pulak yang usha usha org. yang tak boleh blahnya bila ada yang berani hantar surat cinta kat bawah meja. adeh. sesak nak sorokkan benda tu.kalaulah cikgu nampak!

6. ada sorang budak ni pulak,dia macam obses betul dengan org. hari hari bagi org duit belanja,belanja org kuih karipap. tapi org tak delah layan sangat. setakat kawan kawan macam tu jelah

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH

1. naik je tingkatan 1, org terus jadi pendiam. entahlah,mungkin owg dah penat kot sebab banyak bercakap masa kecik kecik dulu. org dah tak aktif. pertandingan pertandingan yg org suka pun,org dah tak masuk dah. semuanya sunyi

2. masa tingkatan 2 3 zaman yang paling ceria dan paling bahagia sebab org dengan kawan kawan org banyak main. hahaha.suka merayau merayau. suka masuk bilik guru,suka pergi tandas,suka pergi kantin,suka bergurau dekat tangga(kitorang bagi nama tangga tu 'tangga riang' sebab kitorang selalu tergelak kat situ

3. ingat lagi bila kitorang selalu stay petang petang. sebenanrnya takde hal apa apa pun,tapi kalau dah dasar suka main,petang petang pun nak main jugak. hai. budak budak

4. naik tingkatan 4 dah tak berapa nak best dah sebab 2orang kawan org dah berpecah. sorang dah pindah, sorang lagi pulak dah tukar kelas. org dapat masuk kelas orang orang pandai lah masa tu,tapi tuhan saje yang tahu betapa tak sukanya org duduk dalam tu. org rasa macam org duduk dalam bilik peperiksaan. senyap habis. bercakap pun tidak. apatah lagi nak ketawa huha huha. lagilah haram. huh! bosan habislah masa tu.

5. bila dah remaja ni,mulalah menggatal. actually takdelah gatal mana pun,tapi adalah suka kat sorang budak ni. dan setahu org lah,itulah kali pertama dan terakhir org pernah ada rasa suka kat seseorang.tapi budak tu tak suka kat org pun,dia ada makwe lain. wuu! sedih je.sampai sekarang tak boleh lupa.heee.ntah apa apa ntah.

6. start dari org tingkatan 3, ada pulak sorang budak tingkatan 2 yang suka kat org. junior kot! dahlah tu,dia pergi canang satu batch dia pulak tuh. nazak gila! asal berselisih dengan kawan dia je,mesti nama budak tu disebut2nya. lagi haru bila budak tu selalu suruh kawan kawan dia kirim salam kat org. kot kalau kawan kawan lelaki dia takpelah jugak,ni kawan perempuan pun sama. aduhai. malunya tak terkira. dah la masa tu org jadi bendahari untuk pss. kenalah selalu pergi kelas kelas nak minta hutang,tapi bila masuk kelas dia je,habisla. tembok mana mana pun tak boleh nak tutup muka ni. malu gila kene usik!

7. naik tingkatan 4 dengan 5,makin bertambah pulak junior yang suka org. tambah2 masa tingkatan 4,blog org bertentangan je dengan blog tingkatan3, lagilah haru. org dalam kelas duduk tepi tingkap. hem,tak khusyuk lah belajar bila selalu je diperhatikan junior2 ni. bila org pandang kat diorang,menggelabah pandang cikgu diorang balik. sakit betul. masa tu kan heboh dengan friendster,mulalah junior2 ni usha usha kat friendster. mintak no fon lah. tanya dah berpunya ke belum lah. haha. yang peliknya,yang usha org kan,semuanya junior. senior takde pulak kan.heeemmm...


hem. itu jelah yang mampu org cerita. kot nak cerita semua,berjela jela lah pulak nanti kan kan. apa apa pun,zaman persekolahan lah zaman yang paling seronok dan banyak kenangan. i love my past! =)


awwww...
she's so cute
can i keep her?