Pages

Saturday, September 4, 2010

Kenangan kampung yang tersayang

Beberapa minggu saja lagi kita nak beraya. Bila cakap pasal raya je, mesti teringat kuih raya, baju raya, duit raya dan kampung. Kampung? Ya,kampung. Kampung memang sinonim sangatlah dengan raya. Semua orang di pelosok dunia ni berpusu pusu pulang ke kampung bila tiba waktu kita nak beraya. Bagi mereka yang kampung jauh jauh tu, memang feeling habis lah raya diorang. Naik kereta pun tersenyum senyum je. Bagi mereka yang kampung dekat,tengah orang orang sembahyang raya pun mereka boleh kampung. Itu cerita bagi orang yang ada kampung lah. Tapi macam mana pulak bagi mereka yang takde kampung? Kat mana mereka nak beraya. Untuk mereka seperti ni, ada kelebihan dan ada keburukannya mengalami situasi macam ni. 


Hem,org ada kampung. Sepatutnya ada dua kampung. Tapi atas alasan alasan tertentu,kini hanya ada satu kampung sahaja,kampung belah ayah. Kampung belah emak,dah lama ami tak berkunjung. Sejak arwah atuk meninggal,wan dah tak duduk kampung lagi. Wan tinggal dengan maksu. Tapi dua tahun lepas,wan dah ada rumah baharu,berdekatan je dengan rumah org. So,memang sedih gila lah bila tak dapat lagi nak balik kampung jauh, kat johor. Rindu? Siapa cakap tak rindu. Rindu kat kampung Batu Pahat memang tak terkata kerinduannya. Sampai kan kadang kala, bila dengar dengar kawan kawan nak balik kampung 3 4 hari sebelum raya,tidur kat kampung masing masing, rasa macam nak nangis je bila teringat kampung kita yang jauh nun di sana dah takde lagi. Sedih,memang sedih sangat. 


Banyak kenangannya kami di kampung Batu Pahat.. Marilah baca kenangan kenangan org yang kini tiada lagi


1. Kalau nak balik kampung Batu Pahat,mesti kena balik 2 3 hari sebelum raya. Kadang kadang sampai kampung waktu petang, kadang kadang sampai waktu malam. Kalau waktu malam,ayah akan parking kereta kat depan rumah,betul betul depan surau. Dulu dulu,org kecik lagi. So,memang takut gila lah bila nak turun dari kereta,gelap je kat luar. Dengan suasana sunyi gila. hesh!


2. Kat kampung, kitorang selalu masak masat start waktu petang,bawak lah ke malam. Lama gila kot. haha. Sepupu sepupu ni pulak, bukan reti nak menolong pun(sama je dengan org yang bercakap). alah,alasannya apa? Kami masih budak budak. muahaha. So,apa yang kitorang buat? Main lari larilah dalam rumah. Nasib baiklah rumah arwah atuk dengan wan ni besar. Laratlah tampung kehendak kami untuk berlari lari dalam rumah


3. Bila malam raya, makcik pakcik akan duduk kat dapur(yang sangat menyeramkan bagi kami yang masih kecik) dan mula buat ketupat dan sebagainya. Bukan kami taknak menolong mereka. Cuma dah mereka suka sangat bercerita tentang cerita hantu. Tak boleh berkumpul langsung,mesti nak cerita cerita hantu. Apa lagi,larilah kami daripada turut menyertai. So,apa yang kami buat? Mainlah. Tu je yang kami mampu buat masa umur masing masing 4 tahun ke 12 tahun. Ada yang terlari lari, ada yang tergelak gelak. Memang riuh tahap maksima lah. Kalau dah penat lari lari,confirm masa untuk main bunga api.


4. Time malam raya jugak,kami suka main bunga api. Itu memang tradisi kami,whee~. Memang berdozen lah paksu belikan kami bunga api. Kadang tu sampai tak habis main,simpanlah untuk raya tahun akan datang. Ouh,kalau kami dah dapat bunga api,satu kampung tu boleh dengar suara kami. Terjerit jerit! Mana taknya,sepupu sepupu lelaki suka sangat baling mercun pop pop kat kaki kami. Mana tak menjerit. Nakal gila lah masa tu. Dah tu,main mercun dekat dekat dengan kami pulak tu. Sumpah takut dengar bunyi mercun terutama mercun roket dengan mercun bola. Tapi kami suka bila diorang mainkan mercun katak untuk kami, Cantik! Suka suka...


5. Di pagi raya,kami akan bangun awal. Mak mak kami suruh mandi dan makan sarapan raya ramai ramai. Hui yai,masing masing tak sabar nak pakai baju raya baru masing masing. Macam macam warna. Yang kelakarnya,punyala ghairah,kasut raya pun nak pakai dalam rumah. Lawak betul. Termasuklah org yang tengah bercerita ni =). Lepas makan,semua makcik pakcik dan arwah atuk dan wan pergi sembahyang raya. Kami pulak,duduk depan tv dan makan kuih raya. Masa tu, arwah atuk dan tak melanggan Astro. Terkebil kebil lah tengok rancangan raya apa yang ada. Lepas mereka balik sembahyang raya,mereka akan sambung makan balik. wahahaha. Confirm gemuklah tu. hahaha. Lepas maka, kami semua akan berkumpul kat ruang tamu kedua. Besar sikit kalau nak berkumpul kat situ. Adegan seterusnya? Bermaaf maafan lah kami. Mula mula arwah atu dan nenek,lepastu makcik pakcik pulak. Time tu tak tau kenapa,rasa nak nangis je bila bermaaf maafan. Terutamanya emak emak ni. Kebetulan adik beradik emak semuanya wanita. So bila bermaafan dengan arwah atuk dan wan,emak emak ni semua menangis. Kami cuma tengok dan turut lap air mata. Lepastu, emak emak akan bermaafan dengan suami masing masing pulak. Nangis lagi! Aduh! Kami pun lenjun lagi. hahaha. Lepas bermaafan, kami akan bergambar beramai ramai. Itu bukti kenangan kami.


Sungguh. Kami rindu semua masa masa itu. Terlalu banyak kenangan yang kini tak dapat lagi kami rasakan. Hanya air mata menjadi tanda kami menyayangi zaman zaman kami yang masih kecil di sana. Kini,kami hanya beraya di rumah wan yang baru, Rumah yang berdindingkan batu,bersuasanakan bandar, dan berjirankan anak anak muda yang hilang di hari raya bertemu keluarga masing masing di kampung halaman. Tinggal lah kami yang beraya di situ. Di sebuah taman. Di suatu tempat bernama bandar.






P.Ramlee - Suara Takbir
lagu kegemaran

No comments:

Post a Comment