Pages

Thursday, September 2, 2010

Fahamilah Wanita

1)Apabila sorang wanita mengatakan dia sedang sedih,tetapi dia tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya

2)Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf

3)Wanita sukar untuk mencari benda dibenci tentang orang yang dia sayang.Lantaran itu,ramai wanita yang patah hati apabila hubungan cinta putus ditengah jalan

4)Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain

5)Takkala lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya.dia akan cair seperti COKLAT dan sering kali dia akan cuba lari dari bertatapan mata denganmu!

6)Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

7)Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada kamu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika,sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan

8)Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.Adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang santai dan penuh senda gurau

9)Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan RESPON POSITIF misalnya menghubunginya memlalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.perempuan suka jual mahal!!

10)Sekuntum SENYUMAN memberi seribu erti bagi wanita.jadi jangan senyum sebarangan.biasalah,perempuan adakalanya cepat perasan dan hatinya cepat terbuai.

11)Tetapi jika dalam masa yang sama dia terus menghubungi kamu dan menunggu panggilan dari kamu,teruskan usaha untuk memikatnya sehingga dapat

12)Dalamnya cinta perempuan apabila menyelak album yang telah siap,gambar yang pertama dilihat adalan teman lelakinya.Begitulah juga kala membaca zodiak.Dirinya adalah yang ke dua selepas mengetahui hal kamu ,tahu?!

13)Wanita PALING BENCI lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata mahu menambat hati kawan mereka yang paling cantik.Kalau kamu pernah lakukan,kamu betul-betul TAK GENTELMAN

14)Cinta bermaksud KESETIAAN,ambil berat,jujur,tiada rahsia dan kebahagian tanpa sebarang kompromi

15)Satu ucapan "hai" sahaja SUDAH CUKUP menceriakan harinya.Bayangkan kalau setiap pagi,kamu telefon mengucapkan "selamat pagi" dan di akhiri dengan "sweet dream" sebelum tidur

16)Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka SEPENUH HATI.Tolonglah lelaki,JANAGAN MENDUSTAI KAMI

17)Wanita MUDAH jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.Apatah lagi jika kamu membawanya ke klinik ketika dia sedang sakit.Sumpah!!kamulah lelaki yang paling dikehendaki di abad ini.

18)Tidak susah menjaga hati wanita.Dia cuma mahu kamu menyayanginya SEPENUH HATI.Kalau benar kamu mencintainya,lihatlah bagaimana dia membalas segala kecintaan kamu itu.


p/s: sekarang sudah tahu? jadi,fahamilah dan cubalah lakukan yang terbaik untuk wanita yang anda sayangi.

6 comments:

  1. ceh..cam copy dr fb je..
    emm..
    no 10 aku amat2 setuju..haha

    ReplyDelete
  2. hahaha. memang copy pun.
    pandainya. =)
    no 10??
    faham faham.. ;)

    ReplyDelete
  3. no 2 n 17 tu btol ke ni.?

    ReplyDelete
  4. betul lah. semua kat atas ni betul betul belaka

    ReplyDelete
  5. oo..rupa2nya,ko pun jiwang gak la ni..

    ReplyDelete