Pages

Saturday, November 27, 2010

Hey Boys and Gurls! It's for you


PERANGAI YANG PERLU PEREMPUAN ELAK DENGAN KAWAN LELAKINYA

1. mempersoalkan kelemahannya
2. mengejek dan menyindir tentang ketinggiannya
3. mencabar ego kelelakiannya
4. bertanya tentang bekas kekasihnya
5. melayannya seperti budak kecil
6. memaksanya melakukan sesuatu kerja
7. bercerita tentang lelaki yang diminati di hadapannya
8. meninggikan suara ketika bercakap dengannya
9. berbual dengan nada gedik dan manja

PERANGAI YANG PERLU LELAKI ELAK DENGAN KAWAN PEREMPUANNYA

1. bercerita tentang perempuan yang diminati di hadapannya
2. meluahkan perasaan dan medesak menerimanya
3. kerap bertanya khabar yang merimaskan
4. mengambil kesempatan dengan menyentuh tangannya
5. mengejek bentuk fizikal atau paras rupanya
6. memaksa agar menceritakan masalahnya
7. tidak mengendahkan keprihatinan yang diberi kepadanya
8. bercerita tentang bekas kekasih kepadanya
9. membanding-bandingkan kawan perempuannya dengan kawan perempuan yang lain
p/s: sikit je ni. banyak lagi sebenarnya =) 

Thursday, November 25, 2010

The cutest cousin


Tzariq Emran bin Mohd Tahir
 the cutest cousin ever
i adore him a thousand!


Lelaki gentleman


Ciri-ciri lelaki gentleman pada pandangan mata saya:

1. tak bawak kereta laju-laju bila dengan teman wanitanya
2. tak hisap rokok walaupun ada orang kata smoking tu boleh nampak macho. salah fakta namanya tu
3. berterus terang dengan kadar sederhana. bukan terlalu jujur, bukan juga terlalu berahsia
4. sentiasa memastikan teman wanitanya tidak disakiti hati dan perasaannya
5. memberhentikan kereta di tempat yang teduh dari hujan dan panas ketika teman wanitanya ingin turun
6. hanya melayan marah teman wanitanya tanpa perlu membantah
7. tidak terlalu ego apabila teman wanitanya merajuk dan sudi memujuknya
8. berkenalan dengan keluarga teman wanitanya dengan sopan dan ramah
9. tidak selalu mengajak teman wanitanya berdating dan tahu batas-batas pergaulan
10. tidak mengambil kesempatan ke atas teman wanitanya dengan sengaja atau tidak menyentuh tangan teman wanitanya
11. tidak mengherdik teman wanitanya apabila teman wanitanya melakukan kesilapan yang besar
12. menenangkan teman wanitanya yang kesedihan atau kehilangan ahli keluarga tanpa diri sendiri menangis
13. pandai mengawal diri dan tidak mengamuk apabila dalam keadaan tegang
14. tidak terlalu manja dengan teman wanitanya seperti sentiasa mengucapkan kata cinta atau panggilan manja
15. menjaga keselamatan teman wanitanya apabila berada di tempat bahaya dengan sentiasa 
16. tidak terlalu menjaga kemachoannya dan lebih bersederhana dan mempunyai unsur humor


p/s: ini hanya pada pandangan saya. tiada kaitan dengan apa yang semua gadis inginkan daripada teman lelakinya

Anak Anak Saya

saya ada anak. anak anak saya semakin membesar. penat saya jaga mereka. dan alhamdulillah, mereka sihat sihat belaka. jom berkenalan dengan anak anak saya..

                            
Nama: Tomot
Jantina: jantan
Umur: 1 tahun
Perwatakan:
1. tak suka bergaduh
2. suka panjat meja bila orang bagi makan
3. kuat merayau
4. selalu comot bila balik rumah ( deserve la nama macam tu )
5. suka cengkam kerusi sambil mengensot atas lantai ( boleh bayangkan? )
6. paling besar antara anak anak saya yang lain

 Nama: Kuning
Jantina: jantan
Umur: 1 tahun
Perwatakan:
1. punya suara yang paling annoying sekali
2. tak suka tinggalkan rumah
3. suka tidur atas beg,katil atau timbunan kain
4. makanan kegemaran ialah Friskies
5. punya bulu yang paling licin dan teratur
6. warna mata macam Edward Cullen (coklat keemas emasan )

 Nama: Kecik (cicik)
Jantina: betina
Umur: lebih kurang 7 bulan
Perwatakan:
1. punya tubuh yang sangat kurus
2. suara yang garau mengalahkan kucing jantan
3. sangat aggressive bila masa orang nak bagi makan
4. sangat manja bila time bermanja
5. suka tidur dekat dekat dengan kaki orang

Nama: Hitam (cing tam)
Jantina: betina
Umur: lebih kurang 7 bulan
Perwatakan:
1. sangat aktif dan gemar berlari lari
2. suka bergaduh dengan Kuning walaupun dia betina
3. punya bulu yang lebat, lembut dan berkilat
4. bersaiz gebu dan agak berat
5. kuat makan dan banyak makan dalam sehari

p/s: ya! anak anak saya sangat nakal. tapi saya sayang anak anak saya. mmuahh




Favorite Song

kadang kadang, layan lagu lagu lama pun syok jugak kan. plus lagu lagu yang kasi tangkap leleh punya. hahaha
this is one of my favorite songs. listen. enjoy. chop! pemilihan lagu tiada kaitan dengan apa apa ya. harap maklum. =)

Tuesday, November 23, 2010

Wanita vs Perempuan

hidup ni memang warna warni. perangai dan betuk manusia lah yang mencorakkan  kehidupan kita seharian. lumrah! takde satu pun manusia yang berperangai sama dalam bumi Tuhan ni. sedangkan kembar seiras pun punya perwatakan yang berbeza. apa yang nak disampaikan hari ini? benda ni dah lama bermain dalam fikiran saya. selalu jugak lah tertanya. dan kadang kadang rasa menjelekkan pun ada jugak.

pertama sekali. bukan nak tujukan pada sesiapa,cuma bercakap atas dasar pengalaman selama saya hidup di dunia ni. kalau kita tengok gambar kat bawah ni, apa yang kamu akan fikirkan? bagaimana agaknya perwatakannya?

baik. sopan santun. lemah lembut. cakap berlapik. bahasa yang halus. tutup aurat. 

itu yang kita akan terfikirkan kan? ya! itu yang sepatutnya ada pada gadis yang berpenampilan begini.
dan kebanyakannya, mereka ini lahir daripada keluarga dan sekolah yang berlandaskan agama yang jitu

macam mana pulak dengan gadis yang berlatar belakang keluarga biasa? yang datangnya dari sekolah biasa,atau sekolah campuran bangsa dan agama?

nakal/jahat. kasar. lasak. cakap tidak berlapik. biadap. kurang ajar. seksi

adakah semestinya mereka berpewatakan begini? ya! memang kebanyakan manusia akan berfikiran begitu. lumrah! kebanyakan manusia hanya akan membuat keputusan berdasarkan apa yang dilihatnya

tetapi berdasarkan pengalaman saya, yang pernah bersekolah di dua sekolah yang berbeza budayanya,sesungguhnya manusia telah banyak mengandaikan perkara yang salah.
kalau dilihat gadis yang ayu dengan tudung labuhnya dan halus percakapannya, memang sejuk hati sesiapa yang melihat. tetapi kalau dah percakapannya yang halus itu mengandungi maksud yang tersirat? dalam erti kata lain, perli. macam mana? dan ayat2 nya penuh dengan kata2 yang menyakitkan hati. kadang kala sering mengumpat keburukan orang lain dan menjatuhkan orang lain. jadi? kebanyakan kawan saya yang seperti ini sering berkelakuan begini. jadi, saya bukan buat kesimpulan yang tipu bukan? =)

jika dibezakan dengan kawan saya yang datangnya dari sekolah biasa. punya keluarga yang kurang ilmu agamanya. yang agak sosial kehidupannya, yang bebas pergaulannya. tetapi mereka pandai menjaga hati kawannya. pandai memujuk kawannya yang berduka. tahu bezakan mana yang perlu cakap dan tidak perlu.

bezakan? jadi, tolonglah jangan tafsirkan perwatakan seseorang itu berdasarkan penampilannya. semua pun tahu, manusia memang pandai menyamar diri,berselindung,atau hipokrit lah senang cerita. kadang kala, orang yang pakai baju ketat, tak pakai tudung,bergaul bebas, lebih mulia hatinya daripada orang yang bertudung atau bertudung labuh, sentiasa menjaga langkahnya dan menutup auratnya. seperti yang saya cakap tadi,saya bukan nak tujukan atau mengutuk sesiapa,cuma berkata tentang pengalaman saya. penampilan langsung tiada kaitan dengan hati dan perwatakan individu itu.

p/s: hati yang mulia dan bersih boleh menuju kita ke arah melakukan yang terbaik seperti menjaga aurat dan perwatakannya. tetapi hati yang hitam pasti dapat dilihat insan sekeliling meski dilindungi di sebalik tudung dan langkahnya. renung-renungkan. peace!

Monday, November 22, 2010

Tak salah kan kalau nak berlagak

Mak dulu pernah nasihat, hidup nih jangan berlagak sangat. Tak bawak ke mana pun perangai tak senonoh tu. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. Jangan bongkak. Hem. Tau. Cakap mak memang betul. Dulu kecik-kecik semua cakap mak saya ikut. Tapi bila da besar? Paham paham jelah kan. Ada je yang tak nak ikut. Tapi takdelah semua nak bantah. Ada beberapa perkara yang buat saya jadi berlagak. Mak. Takpe kan kalau yuni berlagak? Sekali sekala

1. berlagak happy. senyum memanjang. orang pun pikir banyak kali kita ni waras ke tak. padahal dalam hati,nak pecah je jurai mata menahan hiba. sedihnya tak usah cakap. nak meraung pun ada jugak

2. berlagak sihat. jalan segak semacam je. tangan melenggang macam takde pape. Tuhan je yang tau betapa sakitnya kepala mencucuk-cucuk. sekali langkah rasa macam nak tumbang. takpe takpe. tak nak orang tahu saya tak sihat. apa barang! =)

3. berlagak tenang. diam je. tak cakap pape pun. bantah tidak. sokong pun tidak. tapi hati ni rasa macam nak marah dan melalak je. mana boleh tahan marah. tapi nak berlagak jugak. tenang je! biarlah...

So, mak. Mak marah jugak ke kalau yuni berlagak. Hee.

p/s: tak pernah berlagak pandai. sebab memang tak pandai pun. peace!

Sunday, November 21, 2010

Text me Please!


hey you!
kenapa dah lama tak contact?
you mad at me or what
no text like before
no "hei. buat apa tu" as usual
where are you?
lupa dah ke kat saya ni
or maybe you terasa lagi dengan saya?
what's up??
was it my fault
if it was
then i would like to apologize
from the bottom of my heart
i don't want our friendship
will end just like this
please forgive me if the wrong was me

p/s: if you read this, i hope you will text me. A.S.A.P


Saturday, November 20, 2010

Smile dear!


and it's okay 
if you had to go away
i have finally 
found you someone else
it's okay

p/s: smile baby smile =)

Friday, November 19, 2010

School Breaks



school breaks come again
for some reason, it's such a wonderful days 
but some other reasons, it's a bit a hard days to go through.
well. everyone know what i mean
days without friends by our side is a bored days

Thursday, November 18, 2010

Good Luck!


to all my SENIORS
good luck for your STPM

to all my JUNIORS
good luck for you SPM

i'll always pray for your success
as always
and never forget


Wednesday, November 17, 2010

Where are you?


i miss my abang
for a quite long time
he never texting me
neither calling me
i wonder how he is now
what he's doing now?
has he finish his study?

why must the silence?
maybe he has a girlfriend
but what about me?
i'm his sister
i'm his friend
does he know that?
how could he do this to me
i'm missing him
day by day
i do waiting for his call and message
but its useless

i don't care if you have your sweetheart
but please do remember that i'm once your buddie
when you have no one
please appreciate what i've done to you last days


Sunday, November 14, 2010



p/s: suka pulak dengan ayat ni. rasa macam best. haha

Saturday, November 13, 2010

Manusia juga saya ni


diam tak bermaksud sombong
tak marah tak bermaksud tak kesah
senyum tak bermaksud gembira
tak melawan tak bermaksud pengecut
mengalah tak bermaksud lemah
tak menangis tak bermaksud keras hati

jadi? jangan anggap saya macam macam
saya manusia juga
manusia tiada yang sempurna kan?
kita memang tak sama
jadi jangan mengata
terima kasih


p/s: terima kasih sebab bercerita tentang saya
sekurang-kurangnya saya tahu,anda kisah tentang saya =)


Friday, November 12, 2010

The happiest girl

(via jackaraia)


p/s: if ever there will come a man like this in front oh me, then i will be the happiest girl in this life


life-take1: lovebot: kari-shma: via: notebookdoodles



“Human beings are funny. They long to be with the person they love but refuse to admit openly. Some are afraid to show even the slightest sign of affection because of fear. Fear that their feelings may not be recognized, or even worst, returned. But one thing about human beings puzzles me the most is their conscious effort to be connected with the object of their affection even if it kills them slowly within.”
Sigmund Freud -



Tuesday, November 9, 2010

Lagenda Budak Setan


the novel of LAGENDA BUDAK SETAN
i've read the novel
well. for the name of old fashion book
it's quite boring and dull
but the ending's quite touching 
overall. not bad!
i'm about to read the next book
KATERINA
but watching the movie for the 1st place will be great
so. wait up KATERINA
lets wait for the next movie to launch!


p/s: the weeks after examination is a bit troublesome to me
to find out some interesting activities
or search for new hobbies
or wondering around and dreaming about my future
or maybe thinking about how are my tomorrows will be?
so. can you help me?
please kill my time!


Sunday, November 7, 2010

I Heart you



NURSHAHIRA ASHWANI
SITI NAZIRAH
ROS AMALINA
NURUL AMIRAH SYAZANA
NUR AIDA FARHANAH
HAJAR SOLEHAH
NURUL AMIRAH SYAFINAS



“You don’t love someone because they’re perfect. You love them inspite of the fact that they’re not.” 
-Jodi Picoult-


p/s: loving you is my pleasure
but missing you troubled me

Thursday, November 4, 2010

sleight-of-fates: (via gisellemelicent)
p/s: “Give me a man who is man enough to give himself just to the woman who is worth him. If that woman were me I would love him alone and forever.”
-Francesca Bruni-

Grow old with me



morgyporgy:

i want someone to grow old with.


i want someone to grow old with.


p/s: “There is only one happiness in this life, to love and be loved.” 
-George Sand-

Wednesday, November 3, 2010

memang begini ceritanya

hari pertama saya masuk,saya tak kenal pun awak.nama awak apatah lagi.saya langsung takde niat nak tahu siapa awak,apa nama awak.dalam kelas,saya tak banyak cakap.saya masih baru di situ.saya hanya rapat dengan seorang kawan perempuan je.yang lain?saya tak kenal langsung.suatu hari,ada kawan lelaki tegur saya.kami pun berborak macam biasa.saya perasan awak sedang pandang saya.saya buat tak tahu.saya bukan kenal awak pun.esok harinya,saya dan budak itu berkawan seperti biasa.dan awak pun masih berkelakuan yang sama.awak pandang saya.saya pandang awak balik.awak tetap pandang saya.saya pun malas nak layan lagi.awak terus bangun dan duduk sebelah saya.awak borak borak dengan saya.saya rasa tak selesa.sebab saya tak kenal awak.dan awak pulak nampak ramah dengan saya.tapi saya cuba biasakan diri.saya tak nak awak ingat saya sombong.awak tanya macam macam.awak tanya tentang soalan itu,awak tanya tentang soalan ini.memang banyak tanya betul awak ni.tapi saya tetap layan awak macam biasa.sejak dari hari itu,kita pun berkawan.saya selesa berkawan dengan awak.saya senang berkawan dengan awak.awak selalu berbual dengan saya.kawan kawan saya pun hairan.mula mula,memang saya tak nak tahu siapa awak.tapi sekarang,setiap hari saya berbual dengan awak.saya suka.saya mula suka.tapi,saya tahu.awak ramai peminat.ramai yang suka awak.kawan kawan dalam kelas,kawan kawan lain kelas,budak budak junior malah kakak kakak senior juga suka kan awak.awak pulak jenis mesra alam.awak layan mereka.awak tegur mereka bila berjumpa.kadang kadang,mereka akan datang kelas kita untuk berjumpa dengan awak.saya hanya mampu pandang.saya tak suka.mungkin cemburu.tapi saya tak boleh buat apa apa.sampai satu masa,saya sengaja kaitkan awak dengan mereka.kononnya mereka makwe awak.saya sengaja.itu tindakan refleks saya bila saya geram.bila mereka datang,saya cepat cepat cakap makwe awak datang nak jumpa awak.tapi awak tak kesah pun saya cakap macam tu.saya tau.awak pun suka.awak suka dikelilingi gadis gadis cantik.takpe.bukan salah awak.sebab semua lelaki pun punya rasa yang sama.saya tak boleh buat apa apa.awak memang popular.awak diminati ramai orang.walaupun saya suka awak,tapi itu tak membawa makna apa apa pada awak.awak tak sedar semua tu.jadi saya diam je.saya malas nak larang awak berjumpa siapa siapa pun.awak berhak.saya ni bukan sesiapa.kalau mereka suka awak,saya turut dalam golongan mereka.dan kalau awak tak dapat suka saya,anggaplah saya ini macam peminat awak.

Tuesday, November 2, 2010

New Surrounding!


new surrounding
new friends


hajar & hana


nora


aida & iqlima


cheah


akmal, ameer, fitri, syahmi & farhan

mereka sangat baik dengan saya
sangat rapat dengan saya


My Drug


for one day you realize
that you'll always be MY DRUG
it may be ILLEGAL but it's no big deal
cause loving you is such a CRIMINAL


p/s: saya dah boleh terima keadaan
saya dah boleh terima kenyataan
saya dah boleh melupakan
saya dah boleh merelakan

Perbualan antara saya dan kawan saya

Saya: hari ni dia buat lagi. saya dah  tak tahu nak buat macam mana lagi
Dia: awak cakaplah dengan dia macam ni "kau sakit apa lak nak kacau2 aku ni". mesti gempak!
Saya: ish. saya tak berani lah cakap macam tu.
Dia: ayuni. kadang kala selalu jadi baik pun tak elok juga. awak cuba lah marah dia sesekali
Saya: saya takut nak marah orang lah. saya tak pernah marah orang pun
Dia: tu lah awak.baik sangat. tu yang dia selalu buat macam tu kat awak

Kesimpulan daripada perbualan itu,saya tak ikut pun nasihat kawan saya
Kawan, maaf. ;)



maaf ambil gambar senyap senyap
kredit takde nak mintak izin
halal ye? 
kita kan kawan (^_*)