Pages

Thursday, November 25, 2010

Anak Anak Saya

saya ada anak. anak anak saya semakin membesar. penat saya jaga mereka. dan alhamdulillah, mereka sihat sihat belaka. jom berkenalan dengan anak anak saya..

                            
Nama: Tomot
Jantina: jantan
Umur: 1 tahun
Perwatakan:
1. tak suka bergaduh
2. suka panjat meja bila orang bagi makan
3. kuat merayau
4. selalu comot bila balik rumah ( deserve la nama macam tu )
5. suka cengkam kerusi sambil mengensot atas lantai ( boleh bayangkan? )
6. paling besar antara anak anak saya yang lain

 Nama: Kuning
Jantina: jantan
Umur: 1 tahun
Perwatakan:
1. punya suara yang paling annoying sekali
2. tak suka tinggalkan rumah
3. suka tidur atas beg,katil atau timbunan kain
4. makanan kegemaran ialah Friskies
5. punya bulu yang paling licin dan teratur
6. warna mata macam Edward Cullen (coklat keemas emasan )

 Nama: Kecik (cicik)
Jantina: betina
Umur: lebih kurang 7 bulan
Perwatakan:
1. punya tubuh yang sangat kurus
2. suara yang garau mengalahkan kucing jantan
3. sangat aggressive bila masa orang nak bagi makan
4. sangat manja bila time bermanja
5. suka tidur dekat dekat dengan kaki orang

Nama: Hitam (cing tam)
Jantina: betina
Umur: lebih kurang 7 bulan
Perwatakan:
1. sangat aktif dan gemar berlari lari
2. suka bergaduh dengan Kuning walaupun dia betina
3. punya bulu yang lebat, lembut dan berkilat
4. bersaiz gebu dan agak berat
5. kuat makan dan banyak makan dalam sehari

p/s: ya! anak anak saya sangat nakal. tapi saya sayang anak anak saya. mmuahh




3 comments:

  1. ko da xde bnde lain yg nk dikongsi ke.?
    hahaha..
    mamat..

    ReplyDelete
  2. alah. bialah. anak anak. mestilah kena kongsi

    ReplyDelete