Pages

Wednesday, November 3, 2010

memang begini ceritanya

hari pertama saya masuk,saya tak kenal pun awak.nama awak apatah lagi.saya langsung takde niat nak tahu siapa awak,apa nama awak.dalam kelas,saya tak banyak cakap.saya masih baru di situ.saya hanya rapat dengan seorang kawan perempuan je.yang lain?saya tak kenal langsung.suatu hari,ada kawan lelaki tegur saya.kami pun berborak macam biasa.saya perasan awak sedang pandang saya.saya buat tak tahu.saya bukan kenal awak pun.esok harinya,saya dan budak itu berkawan seperti biasa.dan awak pun masih berkelakuan yang sama.awak pandang saya.saya pandang awak balik.awak tetap pandang saya.saya pun malas nak layan lagi.awak terus bangun dan duduk sebelah saya.awak borak borak dengan saya.saya rasa tak selesa.sebab saya tak kenal awak.dan awak pulak nampak ramah dengan saya.tapi saya cuba biasakan diri.saya tak nak awak ingat saya sombong.awak tanya macam macam.awak tanya tentang soalan itu,awak tanya tentang soalan ini.memang banyak tanya betul awak ni.tapi saya tetap layan awak macam biasa.sejak dari hari itu,kita pun berkawan.saya selesa berkawan dengan awak.saya senang berkawan dengan awak.awak selalu berbual dengan saya.kawan kawan saya pun hairan.mula mula,memang saya tak nak tahu siapa awak.tapi sekarang,setiap hari saya berbual dengan awak.saya suka.saya mula suka.tapi,saya tahu.awak ramai peminat.ramai yang suka awak.kawan kawan dalam kelas,kawan kawan lain kelas,budak budak junior malah kakak kakak senior juga suka kan awak.awak pulak jenis mesra alam.awak layan mereka.awak tegur mereka bila berjumpa.kadang kadang,mereka akan datang kelas kita untuk berjumpa dengan awak.saya hanya mampu pandang.saya tak suka.mungkin cemburu.tapi saya tak boleh buat apa apa.sampai satu masa,saya sengaja kaitkan awak dengan mereka.kononnya mereka makwe awak.saya sengaja.itu tindakan refleks saya bila saya geram.bila mereka datang,saya cepat cepat cakap makwe awak datang nak jumpa awak.tapi awak tak kesah pun saya cakap macam tu.saya tau.awak pun suka.awak suka dikelilingi gadis gadis cantik.takpe.bukan salah awak.sebab semua lelaki pun punya rasa yang sama.saya tak boleh buat apa apa.awak memang popular.awak diminati ramai orang.walaupun saya suka awak,tapi itu tak membawa makna apa apa pada awak.awak tak sedar semua tu.jadi saya diam je.saya malas nak larang awak berjumpa siapa siapa pun.awak berhak.saya ni bukan sesiapa.kalau mereka suka awak,saya turut dalam golongan mereka.dan kalau awak tak dapat suka saya,anggaplah saya ini macam peminat awak.

1 comment:

  1. oo..
    dia rupaya..
    igt an..
    xpe la..

    ReplyDelete