Pages

Monday, November 22, 2010

Tak salah kan kalau nak berlagak

Mak dulu pernah nasihat, hidup nih jangan berlagak sangat. Tak bawak ke mana pun perangai tak senonoh tu. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. Jangan bongkak. Hem. Tau. Cakap mak memang betul. Dulu kecik-kecik semua cakap mak saya ikut. Tapi bila da besar? Paham paham jelah kan. Ada je yang tak nak ikut. Tapi takdelah semua nak bantah. Ada beberapa perkara yang buat saya jadi berlagak. Mak. Takpe kan kalau yuni berlagak? Sekali sekala

1. berlagak happy. senyum memanjang. orang pun pikir banyak kali kita ni waras ke tak. padahal dalam hati,nak pecah je jurai mata menahan hiba. sedihnya tak usah cakap. nak meraung pun ada jugak

2. berlagak sihat. jalan segak semacam je. tangan melenggang macam takde pape. Tuhan je yang tau betapa sakitnya kepala mencucuk-cucuk. sekali langkah rasa macam nak tumbang. takpe takpe. tak nak orang tahu saya tak sihat. apa barang! =)

3. berlagak tenang. diam je. tak cakap pape pun. bantah tidak. sokong pun tidak. tapi hati ni rasa macam nak marah dan melalak je. mana boleh tahan marah. tapi nak berlagak jugak. tenang je! biarlah...

So, mak. Mak marah jugak ke kalau yuni berlagak. Hee.

p/s: tak pernah berlagak pandai. sebab memang tak pandai pun. peace!

3 comments:

  1. hahaa..xpndy.?
    klau xpndy,xde dlm result ok de tok final exam ari2..hahha..emm..trus kn la lgak ko tu nya..

    ReplyDelete
  2. sowi2...comment atas tu aku..mamat..

    ReplyDelete
  3. ahahha. terima kasih sebab menyokong =)

    ReplyDelete