Pages

Tuesday, November 23, 2010

Wanita vs Perempuan

hidup ni memang warna warni. perangai dan betuk manusia lah yang mencorakkan  kehidupan kita seharian. lumrah! takde satu pun manusia yang berperangai sama dalam bumi Tuhan ni. sedangkan kembar seiras pun punya perwatakan yang berbeza. apa yang nak disampaikan hari ini? benda ni dah lama bermain dalam fikiran saya. selalu jugak lah tertanya. dan kadang kadang rasa menjelekkan pun ada jugak.

pertama sekali. bukan nak tujukan pada sesiapa,cuma bercakap atas dasar pengalaman selama saya hidup di dunia ni. kalau kita tengok gambar kat bawah ni, apa yang kamu akan fikirkan? bagaimana agaknya perwatakannya?

baik. sopan santun. lemah lembut. cakap berlapik. bahasa yang halus. tutup aurat. 

itu yang kita akan terfikirkan kan? ya! itu yang sepatutnya ada pada gadis yang berpenampilan begini.
dan kebanyakannya, mereka ini lahir daripada keluarga dan sekolah yang berlandaskan agama yang jitu

macam mana pulak dengan gadis yang berlatar belakang keluarga biasa? yang datangnya dari sekolah biasa,atau sekolah campuran bangsa dan agama?

nakal/jahat. kasar. lasak. cakap tidak berlapik. biadap. kurang ajar. seksi

adakah semestinya mereka berpewatakan begini? ya! memang kebanyakan manusia akan berfikiran begitu. lumrah! kebanyakan manusia hanya akan membuat keputusan berdasarkan apa yang dilihatnya

tetapi berdasarkan pengalaman saya, yang pernah bersekolah di dua sekolah yang berbeza budayanya,sesungguhnya manusia telah banyak mengandaikan perkara yang salah.
kalau dilihat gadis yang ayu dengan tudung labuhnya dan halus percakapannya, memang sejuk hati sesiapa yang melihat. tetapi kalau dah percakapannya yang halus itu mengandungi maksud yang tersirat? dalam erti kata lain, perli. macam mana? dan ayat2 nya penuh dengan kata2 yang menyakitkan hati. kadang kala sering mengumpat keburukan orang lain dan menjatuhkan orang lain. jadi? kebanyakan kawan saya yang seperti ini sering berkelakuan begini. jadi, saya bukan buat kesimpulan yang tipu bukan? =)

jika dibezakan dengan kawan saya yang datangnya dari sekolah biasa. punya keluarga yang kurang ilmu agamanya. yang agak sosial kehidupannya, yang bebas pergaulannya. tetapi mereka pandai menjaga hati kawannya. pandai memujuk kawannya yang berduka. tahu bezakan mana yang perlu cakap dan tidak perlu.

bezakan? jadi, tolonglah jangan tafsirkan perwatakan seseorang itu berdasarkan penampilannya. semua pun tahu, manusia memang pandai menyamar diri,berselindung,atau hipokrit lah senang cerita. kadang kala, orang yang pakai baju ketat, tak pakai tudung,bergaul bebas, lebih mulia hatinya daripada orang yang bertudung atau bertudung labuh, sentiasa menjaga langkahnya dan menutup auratnya. seperti yang saya cakap tadi,saya bukan nak tujukan atau mengutuk sesiapa,cuma berkata tentang pengalaman saya. penampilan langsung tiada kaitan dengan hati dan perwatakan individu itu.

p/s: hati yang mulia dan bersih boleh menuju kita ke arah melakukan yang terbaik seperti menjaga aurat dan perwatakannya. tetapi hati yang hitam pasti dapat dilihat insan sekeliling meski dilindungi di sebalik tudung dan langkahnya. renung-renungkan. peace!

5 comments:

  1. teringin sgt nk tgk u berpurdah =)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.
    sampai masanya nanti =)
    tapi ni siapa? v(^_^)v

    ReplyDelete
  3. kamu mahu berpurdah?
    hahaha, bila la tu~

    ReplyDelete
  4. hahaha..sengal ko..ko igt aku yg komen ke.?
    berpurdah pun aku xtau mksdnya..haha..mamat..

    ReplyDelete
  5. atik: haha. tak tahulah. tapi kalau dah sampai seru nak berpurdah,okey je =)

    mamat: ouh.eake? ingatkan tahu =p

    ReplyDelete