Pages

Thursday, December 23, 2010

Akan Berubah


mulai dari ketika ini
bermula dari beberapa jam lagi
semuanya akan berubah
semua yang ditakuti akan terjadi
semua yang tidak diingini tetap akan terjadi

selama mana waktu berputar
selama mana jarum berdetik
selama itu hati kian berdetak
jantung kan sentiasa laju berdegup
dan sentiasa mengeluhkan nafas kebimbangan
keluhan ketakutan

selepas saat itu datang
mungkin tiada lagi kemesraan
mungkin tiada lagi kelembutan
mungkin tiada lagi kegembiraan

tetapi diredhakan juga
kerna ini yang telah kupilih
biarkan begini
dari terus dihimpit rasa bersalah
dari terus dihantui rasa berdosa


p/s: semuanya pasti hilang. yang kutakuti. pasti akan datang

No comments:

Post a Comment