Pages

Tuesday, December 14, 2010

Etika Bercinta. Wuu!


saya tahu
orang yang bercinta memang mengalami fasa yang paling bahagia dalam hidup mereka
saya tahu
orang yang bercinta ialah orang yang sering berada dalam dunia fantasinya
tapikan
saya tak pernah bercinta
tapi saya pun tahu
apa yang okey dan apa yang tak okey dalam percintaan
bahasa apa nak pakai
panggilan apa nak guna
waktu bila nak berjumpa
pukul berapa nak bergayut

ini tidak
ada manusia yang bercinta sampai melampau-lampau
over!
contohnya....

1. tahulah bila tak berjumpa depan mata,rindu pun mulalah rasa. kalau nak call sebab rindu tu,memang lah tak salah. tapi kalau dah sepanjang masa asyik call je, tak ke rimas namanya. yang tengah bercinta tu memanglah tak rimas,suka adalah,tapi orang sekeliling yang rimas. dah tu,call bukan kira masa langsung, tengah makan pun nak call,tengah kemas rumah pun nak call,tengah kerja pun nak call. agaknya tengah mandi pun kalau boleh nak call jugaknya. kenapa tak tengah tidur berdengkur pun,call sekali. barulah nama cinta sejati agaknya kot.

2. tau sangatlah,bila dah bercinta, status kononnya pun dah bertukar,so automatically panggilan nama pun kena tukarlah jugak kot. panggilan abang dengan sayang tu mungkin biasalah kot,takdelah jadi hal sangat. yang geli sampai nak muntah berdarahnya, nama panggilan nak baby-bee, mama-papa. apakah? dah besar panjang pun nak panggil baby ke? budak 2tahun pun malu orang panggil dia baby. mama-papa? hello,dah kahwin ke? ke dah tak sabar-sabar sangat nak kahwin? agak-agaklah. orang yang dah kahwin tu pun, kena tunggu dapat anak baru nak bahasakan mama-papa. adui! geli gila kot.

3. mungkin bila orang tengah bercinta ni,orang sekeliling dia pun dia dah tak kesah dah kot. hormat pun dah hilang. logik akal pun dah jarang-jarang pakai. boleh je kalau nak main message kat phone,okey je kalau nak call tanya khabar. tapi takdelah sampai tengah bercuti dengan keluarga pun asyik bergayut. pakcik makcik! tengah bercuti dengan keluarga okey. bercuti! boleh lagi nak bergayut? tak pun, tengah bersembang dengan dengan makcik pakcik saudara ni, boleh lagi tangan tu sibuk main texting. apa ni? tolonglah kawan. fikir lebih sikit boleh tak? hormatlah orang sikit.

4. ya, saya paham. orang yang bercinta ni memang kalau boleh nak orang lain tau yang dia tengah bercinta. suka benar kalau kawan-kawan dapat tahu,dengan siapa dia tengah bercinta. tapikan,tak perlulah semua gambar yang dikongsi dekat laman sosial terdiri daripada gambar dengan kekasih awak tu. dah macam kekasih awak tu adalah segala-galanya, melebihi mak-ayah, adik-beradik dan kawan-kawan mahupun sepupu sepapat. waraslah sikit. siapa yang besarkan korang? siapa yang tanggung makan minum pakai tempat tinggal korang? siapa yang membesar dengan korang sejak kecil? main masak-masak, pondok-pondok masa kecil dulu? dah lupa dah? memanglah. lupa pulak. cinta itu buta. memang dah tak nampak agaknya siapa orang-orang yang lebih penting dalah hidup

5. lagi satu. perlu ke menunjukkan kemesraan korang di laman sosial yang umumnya pasti akan diketahui oleh seluruh rakyat jelata di dunia ni? perlu ke pamerkan panggilan sayang,baby,manja,rindu,cinta dan apa-apa yang menggelikan tu kat laman sosial? hello. semua baca kot apa yang korang tulis. tak malu ke? apa pulak pandangan makcik-pakcik,cikgu-cikgu mahupun mak-ayah korang bila baca benda-benda tu yang datangnya daripada korang? again! think logically,wisely!

p/s: mungkin saya yang berfikiran kolot. tak tahu etika bercinta.
takpe. saya memang kolot, sebab belum lagi masuk alam bercinta ni. :)


2 comments: