Pages

Wednesday, December 22, 2010

Out to Library


setelah sekian lama mencari tarikh untuk keluar study kat library, akhirnya tarikh 22 Disember pun dipilih sebagai hari keluar untuk tahun ni. bukan senang nak pilih tarikh. kejap saya lah yang busy, kejap kawan lah yang busy. tapi hari ini, alhamdulillah, semua tak busy, yeah! janji tunggu kat library around pukul 10, dan saya sampai library pukul 10.30. power kan? ;)

sampai je library, kawan pun dah lama sampai. tapi yang malunya,saya tak tahu macam mana nak simpan beg kat situ. bukan apa,sebelum ni takde pulak sistem kunci beg dalam lokar,kali ini kena pulak. dahlah kena panggil kawan tuh suruh tolongkan macam mana nak letak beg. wahaha. malu seumur hidup rasanya,tapi maintain cool. hehe. so bila masuk library, mulalah buat latihan apa yang patut,sambil berborak. beberapa minit kemudian, dua orang kawan saya yang lain pun datang. Keding dan Budak Comel. sambung lagi buat kerja masing-masing + berborak. ahaha. tapi rasanya macam lebih banyak borak je. ah lantaklah, bukan selalu kan? dan fungsi saya keluar ke library pun bermula, mengajar kawan saya Bahasa Melayu. alah, tak ajar banyak pun, sikit-sikit je. selebihnya apa? borak. ahaha

agak-agak dah masing-masing perut berkeroncong, kitorang pun start bergerak ke Terminal, nak isi perut. susahkan bila 4 kepala kena pikir apa nak makan. nak pilih kedai makan pun kemain lah lama. last-last makan kat KFC, atas kehendak kawan saya, plus saya pun sebenarnya dah lama tak makan KFC. makan je dah 2jam. ahahaha. makan borak makan borak kot. mana tak sampai 2jam. habis je makan,kitorang rayau Term. saja jalan-jalan. dah puasa jalan-jalan, balik balik ke library. yakin je nak sambung nak study. tapi sudahnya tak jadi. lepas makan kot,mestilah ngantuk kan. yang sorang ni, si keding  kejap jalan-jalan. yang sorang ni pulak yang budak comel kejap baringkan kepala atas meja,kejap lukis-lukis. saya? sambunglah buat latihan Pengajian Perniagaan yang tak siap tu. sambil berborak-borak dengan kawan saya, SNAM nama panggilannya. ahaha. borak dan borak, kawan saya yang keding tu pun nak balik. lalu hujan dan petir pun menyusul di luar library. kawan saya yang budak comel ni dah pakat nak balik. saya pun ikut je. SNAM sempat bagi bagi saya keychain gitar, sebagai tanda kitorang keluar buat kali kedua. Terima kasih. sweet~

kitorang pun balik lebih kurang pukul 3 lah kot. dan saya kena tunggu kat luar library sorang-sorang. waa! tak suka sebenarnya. apa-apa pun, thanks sangat-sangat untuk semua kawan saya yang sudi keluar bersama.

thanks awak. =)

p/s: insyaAllah kita keluar lagi next year okey ;)

3 comments:

  1. the blue? mcm x bagus je bunyinye.. snAm

    ReplyDelete
  2. okey2. saya tukar lah the blue tu eh :)

    tak ajak? bukan apa,kuar ni pun sebab kawan yang ajak,takkan nak ajak ramai-ramai. malulah kan :)

    ReplyDelete