Pages

Sunday, January 30, 2011

Shopping with Darlings

hari Jumaat haritu, keluar shopping dengan Hanna and Nora. shopping barang-barang kelas, bukan shopping baju, kasut or sewaktu dengannya. Nora jemput pukul 3 then jemput Hanna pulak. ingatkan nak shopping kat Giant Senawang je. tapi lupa pulak kena beli kertas-kertas warna sekali. so pergila kedai Saudagar Kertas, area Terminal 1. agak-agak dah jumpa kertas-kertas warna yang best, jumpa sekali board untuk buat jadual waktu, kitorang pun berlalu ke Giant Senawang pulak. aim? nak beli perhiasan for Chinese New Year pulak.

sebenarnya lah kan, kitorang takdelah beria-ria sangat mula-mulanya masa nak hias kelas. tapi ada satu kes yang menyakitkan hati dan menggeramkan jiwa dan raga *eceh ayat* yang membuatkan darah kitorang membuak-buak nak hias kelas bagi cantik. apa kes dia? later lah i story k.

then kitorang pun pergi Taipan. Nora park sebelah Pearl Haya. dalam hati rasa macam nak singgah je kedai yang popular dalam kalangan cikgu-cikgu kat sekolah, tapi bila pikir tujuan kitorang keluar ni,bantut kan jelah niat tu dulu ye yuni. so, straight pergi kedai RM2. carik-carik lah apa-apa barang yang patut. si Hanna pulak tak habis-habis nak carik penyepit pembersih tingkap dia. okeylah Hanna. kami turutkan kemahuan anda. at last! jumpa pun. gembira lah tuh Hanna. kitorang beli penyepit tuh, baldi kecik, bunga palsu comel untuk hiasan meja. erm. apa lagi eh? lupa pulak. hah! kitorang nak beli penyepit langsir. tapi takde pulak. so kitorang pun terus masuk Giant and menuju ke kedai Living Cabin

kat Living Cabin, borong babe! hahaha. beli perhiasan pintu kelas, gambar rabbit comel dengan hiasan-hiasan merah. pastu carik pulak tanglung-tanglung. comel giler!! rasa macam nak beli semua je tanglung tuh, tapi bila pikir bajet tak banyak, beli je apa yang mampu. wuuu.. pastu terpikir pulak yang langsir kitorang takde penyepit, so kena carik ribbon lah kan, boleh jugak apa. so kitorang beli ribbon merah. baik punya! dah satu kelas warna merah. kita lawan kelas sebelah! YEAH! P.U.A.S H.A.T.I A.K.U D.E.N.G.A.N B.U.D.A.K I.T.U. HAHAHAHA!

so isnin nih, jom ramai-ramai stay after kelas, kita buat decor bersama Melati. ahak! kita kasi cantik kita punya kelas, kita kasi merah kita punya kelas, kita kasi meriah kita punya kelas.



arnab yang comel


the red lanterns




p/s: to that girl, terima kasih sebab membuat cerita mengarut tuh, tercabar jugak kitorang nak MENANDINGI korang. Get ready with the battle! :)


Saturday, January 29, 2011

Terima Kasih Semua




sangat bersyukur punya kawan yang mengambil berat

sangat bersyukur punya kawan yang menjaga hati

sangat bersyukur punya kawan yang memahami




p/s: terima kasih semua :)

Tuesday, January 25, 2011






STOP IT AYUNI
MAKE IT STOP



E.N.O.U.G.H



WHAT'S WRONG WITH YOU?
YOU'RE WEAK
YOU'RE PATHETIC


Kawan yang Menghilang



masuk minggu ni 
dah hampir genap sebulan
saya tak berhubung dengan dia
tak tahu mana silapnya
dia sibuk?
dia malu nak mula dulu?
dia nak saya mula dulu?
dia dah hilang nombor saya?
mana satu?
mungkin dia sibuk
sebagai orang yang penting
yang banyak memegang jawatan tugas
memang tak ada masa macam dulu-dulu
memang terasa bila dah lama tak berhubung
yelah. dulu boleh dikatakan selalu
sekarang? seminggu sekali pun tak
saya takut nak mula dulu
takut dia busy. atau tak ada kredit. atau tak nak message saya lagi
entah lah. susah bila hati orang ni tak boleh dibaca
takpelah. saya tetap tunggu
saya tak pernah lupa
message lah saya bila free
saya tunggu


p/s: hope dia baca post ni. :)



Ketawa lah Lagi dan Lagi


kakak punya post pasal hari gelak sedunia
saya pun nak post pasal hari gelak sedunia jugak. ahah!
tak tahu apa yang tak kenanya harini
macam biasa
dah 2 hari duduk sebelah iqlima sebenarnya pun
almaklum semua tahu iqlima jenis yang macam mana
buat lawak. dan lawak. dan lawak
kalau dia sorang je buat lawak
tak jadi masalah besar pun sebenarnya
tapi kalau dah dua orang makhluk tuhan tu dah mencelah
alamat perut boleh terburai-burai dek ketawa terkekeh-kekeh
apa taknya. yang sorang cakap sikit. yang sorang lagi menyambung
bila dah menyambung tuh, memang ayat yang keluar dari mulut tu 
dah tak tentu hala lah tujuan menyebutnya
merepek. merapu. meraban. 
semuanya ada lah.
yang tak kelakar pun jadi kelakar
fitri. akmal. sama je budak dua orang tuh
cukuplah hari ini
tak sanggup lagi nak ketawa lagi
naya je perut ni hah dek ketawa banyak-banyak
ilmu pun banyak melayang
kan fitri kan. yelah. nak buat jadual pun dah lupa. Malaysia pun terlupa nak masukkan jugak.
tulah. ketawa lah lagi. ketawa banyak-banyak.


p/s: seronok duduk sebelah iqlima. tapi dia tak bagi lagi duduk sebelah dia. 
alasan? asyik tergelak bila duduk sebelah-sebelah. wuu~


Sunday, January 23, 2011

Only Hope





love is patient, love is kind
love is not jealous, it does not brag, and it is not proud
love is not rude, is not selfish, and does not become angry easily
love does not remember wrongs done against it
love is not happy with evil, but is happy with truth
love bears all things, believes all things
hopes all things,endures all things
love never fails
-a walk to remember-



p/s: love is about honest and truth. and loyalty.
it is not just love. it is the two souls of loving people
-ayunipaiz-


A Walk to Remember


THIS IS THE SADDEST STORY
AFTER P/S I LOVE YOU
I'VE EVER WATCHED
SO SAD
SO ROMANTIC
SO SWEET



A WALK TO REMEMBER


Saturday, January 22, 2011

TO THAT GIRL CALLED FRIEND



HELLO GIRL.
IT'S FOR YOU.
I HOPE YOU HAPPY WITH WHAT EVER YOU DO
TRY TO BE YOURSELF
AND OF COURSE
DON'T HURT OTHERS FEELING
WITH WHAT YOU ARE DOING
THINK ABOUT THEM
THINK ABOUT PEOPLE WHO LOVES YOU
PLEASE BE HONEST WITH THEM
THINK ABOUT THEM
WHEN YOU ARE ABOUT TO DO SOMETHING STUPID
SOMETHING CALLED RIDICULOUS
IF YOU LOVE SOMEONE
THEN TELL HIM 
DON'T MAKE HIM WAIT FOR YOU
I'VE GOT NOTHING TO DO WITH HIM
I CAN'S STOP YOU FROM GRAB HIM AWAY
AND I DON'T SAY THAT I'LL ALLOW YOU TO DO SO
CAUSE HE'S GOT NOTHING RELATED WITH ME
WHATEVER IT IS
I'LL PRAY FOR YOUR HAPPINESS
IF YOU LET ME TO DO SO
I'M NOT THAT PERSON WHO GET ENVY WITH OTHER PEOPLE
EASILY!
SO YOU DON'T HAVE TO GET WORRY WITH ME
JUST DO WHAT YOU WANT
SAY WHAT YOU THINK

p/s: my friends, just let her be. let them go on their own ways. and let us pray for their happiness. amin. :)


Saya Cair dengan Lelaki Bila....


SAYA CAIR PADA LELAKI YANG :


1. sanggup setia temankan mak ayah dia pergi beli barang kat kedai.
tolong angkatkan bakul ke, tolong sorongkan trolley ke.
dia tak segan langsung berjalan dengan mak ayah dia.
walaupun kena beli bawang, ayam mentah atau sabun mandi  
adui! terpesona aku dibuatnya.

2. menjaga agamanya. dia pandai membaca doa.
membaca doa dengan penuh khusyuk, walaupun tak faham maksdunya.
juga bila dia membaca al-Quran.
sumpah cair!
tak tahan tengok ketekunan dia menghadap al-Quran. 
walaupun dia tak lah berapa nak baik perangainya.
tetapi berubah dalam sekelip mata bila membaca al-Quran

3. suka bergurau dengan budak-budak.
tak kesah lah dengan adik kecik, anak buah, budak tepi jalan, adik kawan
main kejar-kejar, main geletek-geletek, main sergah-sergah.
berjiwa abang atau bapa betul. susah nak nampak ni.
suka kendong budak kecik atau bayi dan mencium pipinya. 
sweet! takdelah kes-kes ayah dera anak lagi

4. menjaga matanya. tak meliar matanya bila terpandang perempuan
pandang sekali cukup. bukan pandang balik dan tak terkelip-kelip.
mulut tak gatal nak usha-usha orang perempuan.
bila dah perangai macam tuh, kita pun boleh gila nak pergi usha dia pulak.
insyaAllah selamat dunia akhirat dengan lelaki macam ni

5. sungguh menjaga adab bila dengan mak ayah.
dengan kawan-kawan kemainlah kasar ayat. perangai pun tak boleh blah.
tapi bila dengan mak ayah, ayat sungguhlah bertapis. lemah lembut. dan bernada rendah
cakap dengan mak ayah macam cakap dengan makwe. halus bahasa.
terbaik! anak soleh ni.

6. bawakkan mak ayah dia kemana-mana sahaja yang ingin mereka pergi.
tolong drivekan mak ayah dia pergi pasar ke, pergi bank ke, pergi pasar malam ke
tak lokek dengan minyak kereta. tak berkira
tak rasa penat walaupun tau-taulah karenah mak ayah yang dah tua.



SUMPAH CAIR TENGOK LELAKI MACAM NI
MANA NAK CARI LAGI?
KAT SEREMBAN RAMAI TAK?






Friday, January 21, 2011





T.A.K C.E.M.B.U.R.U P.U.N


sebab saya dah bersedia
dengan mental dan fizikal 


nora cakap macam ni
iqlima cakap macam tu
hanna cakap begitu
saya?

dengar dan redha jelah




Thursday, January 20, 2011

Stay





listen to the music
listen to the words
feel it!



Wednesday, January 19, 2011



I can't hide my jealousy
but in the same time
I don't want you to know that I do
I can do nothing to make sure
that you can be mine
This hope is hopeless
I hate this
I don't hate you
for make me be like this
it's just that
I would blame myself
to let this happen to me
I'm sorry if this matter
is a burden for you
I'll try my best 
to sort out this feeling


Him


there is a boy. who love his girl so much
he would do anything for her
he loves his girl, just the way she is
even though the girl is not that pretty enough
to compare with other girls
but yet, his girl is everything to him
she might be quite humorous
but he found out that nothing is wrong with it
she is the not so-called a girly
with all the harsh words and acts
but still, he loves his girl the most
lots of girls do have feelings towards him
but nothing can change his love for his girl
even all the girls hate his girl so much
he will stand upon his girl and would say
"it's okay. i still love you"

He loves her. He misses her. He needs her

he might be not that romantic person
he might be awkward to act for it
but he is a lovable man
and he knows how to love his girl
and give the best he can give to the girl he loves
well that is so-called...
A MAN WITH GOOD-HEARTED



p/s: my dear sayang, appreciate of what you have now.
and thanks to Allah, as He gives you the man into your life.
I would pray for your happiness

Sunday, January 16, 2011

Pia and Darl



here are some of the pictures of my babies


with their mummy


p/s: nama Pia dan Darl dalam proses untuk ditukar. nama baharu sedang dicari.
sila berikan cadangan anda. arigato :)


Saturday, January 15, 2011

Untuk wanita dari wanita


post yang diterbit khas untuk wanita, perempuan dan gadis sekalian
sebagai insan yang sejantina
saya rasa tertarik untuk memberitahu
beberapa perkara yang tidak manis dan tidak elok
dilakukan oleh jantina kita
ehem. ehem.
jom baca :)



1. awak pakai tudung. okey bagus. tapi kenapa pakai baju lengan pendek? 
apa motif awak sebenarnya pakai tudung? nak tutup rambut ke nak berfashion.
ada jugak. yang pakai tudung, tapi tak pakai anak tudung.
sudahnya, nampak rambut yang cantik tuh. apa kes?
tak paham kat situ

2. kalau gurls bila ambik gambar selalu nak buat muka comel kan. 
tak kesahlah tuh. empunya badan pun sama je.
tapi kalau dah buat muka macam kucing nak beranak je.
or pose macam orang tengah membuang sungai besar. apa tu? kelakar lah.
dikerut-kerutkan muka. dibesar-besarkan mata. dimuncung-muncungkan mulut
be natural lah gurls. senyum biar ikhlas. lagi menawan
elok-elok nak buat muka comel, dah tak comel langsung

3. kalau betul lah awak suka kat seseorang, perlu ke sampai nak menggatal kat orang tuh
adoi. rasanya, lelaki je yang sesuai untuk mengurat kot.
bila tengok gurls mengurat, tak manis langsung. langsung orang tengok tak ada maruah
kot ye pun lah suka, tak perlu kot nak menggese(bahasa noghori) je dengan orang tuh
menyampah pulak orang tengok nanti
cover cover lah sikit eh

4. pakai baju kurung. dah cantik dah kat situ. muka sikit punya ayu. alhamdulillah lah.
ni tiba-tiba nak terpekik-pekik macam orang tak betul ni kenapa?
bercakap mesti nak menjerit, nak melolong.
belum dengar bila mengamuk. macam-macam ayat kasar keluar.
apa ni? awak perempuan lah. dah cukup ayu anda tercipta
kenapa mesti bersuara macam kucing melalak? tak manis langsung

5. kita selalu dengar lelaki menduakan cintanya.
banyak kali dengar kan? dah rasa macam biasa je bila dengar
tapi kalau gurls yang menduakan cinta. woh! kes berat ni.
sangat zalim rasanya gurls tuh
sebab gurls dicipta selembut-lembut hati
kenapa mesti jahat hati nak menghancurkan hati orang.
hilang rasa suka tengok gurls ayu dan lemah lembut macam ni

6. awak sopan santun. awak baik. awak lemah lembut
bahasa yang baik-baik dan halus. suara yang lembut dan lunak
tapi awak berpegangan tangan dengan teman lelaki awak
OH. NO! cacat habis penampilan awak.
awak dah ada ciri-ciri gadis melayu terakhir.
tapi awak belum mampu melawan nafsu awak.
hei gurls. tolonglah jaga maruah.
jangan senang-senang bagi mereka pegang awak
jangan jadi terlalu murah. okey? :)


so. hope sangat ramai kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak yang sejantina
tolonglah fikir-fikirkan. mana-mana yang boleh diubah, ubahlah.
demi menjaga nama baik sendiri, dan maruah ibu bapa tersayang
biarlah orang pandang kita dengan senyuman
bukan dengan jelingan dan kata belakang


p/s: jom berdoa ramai-ramai agar kita semua berubah ke arah kebaikan. amin. :)


Tak Suka Macam Ni


S.A.Y.A. T.A.K. S.U.K.A

terjadi lagi
aku terlibat lagi dalam hal-hal remeh ni
kenapa mesti?
kenapa tidak?
aku cuba untuk berubah
cuba untuk menjadi tabah
juga cuba untuk menjadi lebih keras
tetapi kenapa mesti ini tetap terjadi?
kenapa ini masih berlaku lagi padaku
aku tak mahu perkara ini menganggu impianku
impian untuk memperoleh kejayaan
aku cuba untuk mengelak
tetapi gagal
syukur
kawan-kawanku hadir
dan sentiasa di sisiku
sentiasa berada di belakangku
sedia untuk membantu
hanya satu yang kuharapkan
cukuplah sekali aku jadi begini
sungguh!
bukan ini rintangan yang aku mahu
bukan ini

 untuk perempuan itu
tolonglah sedar dari mimpi
fikirkan semula status anda
janganlah hampakan orang yang menyayangi anda
hanya kekecewaan yang akan dirasai oleh orang yang menyayangi anda
jika anda masih terus-terusan bersikap begini
saya tidak mahu masuk campur atau ambil tahu
tetapi kadang-kala
saya terasa seperti saya turut terheret sama dalam perkara ini
saya tak nak. sungguh tak nak.
tolonglah. hentikan
saya tak mampu untuk tidak menyukai anda
jauh lagi berasa cemburu pada anda
jika anda betul-betul mahukan apa yang anda kejarkan sekarang
tinggalkanlah dengan baik, orang yang anda sayang itu
dan beranilah untuk menjelaskan perkara yang sebenar
tetapi
jika anda rapat dan mesra dengan DIA
untuk menjadikan DIA sebagai peneman sunyi anda
dan mempermainkan perasaan DIA
saya takut
saya akan membenci anda



p/s: DIA. terpaksa dirahsiakan namanya


nora. ima. hanna. thank you sayang


Stay



I've been sitting here staring at the clock on the wall
And I've been laying here praying, praying she won't call
It's just another call from home
And you'll get it and be gone
And I'll be crying

And I'll be begging you, baby
Beg you not to leave
But I'll be left here waiting
With my Heart on my sleeve
Oh, for the next time we'll be here
Seems like a million years
And I think I'm dying

What do I have to do to make you see
She can't love you like me?

Why don't you stay
I'm down on my knees
I'm so tired of being lonely
Don't I give you what you need
When she calls you to go
There is one thing you should know
We don't have to live this way
Baby, why don't you stay

You keep telling me, baby
There will come a time
When you will leave her arms
And forever be in mine
But I don't think that's the truth
And I don't like being used and I'm tired of waiting
It's too much pain to have to bear
To love a man you have to share

I can't take it any longer
But my will is getting stronger
And I think I know just what I have to do
I can't waste another minute
After all that I've put in it
I've given you my best
Why does she get the best of you
So next time you find you wanna leave her bed for mine


Wednesday, January 12, 2011



jangan dekat denganku jika kau tak suka
jangan mesra denganku jika kau ada dia
jangan baik denganku jika itu semua palsu
jangan godai aku jika kau hanya menipu
andai kau sukakan dia
jangan tunjukkan seperti kau menyukaiku
kerna itu hanya melukakanku
dan mengulangi kekecewaanku



p/s: khas untuk orang yang tak dikhaskan. HAHA 



Sunday, January 9, 2011

Pia and Darl


15 Disember 2010
around 7.50p.m
dapat anak-anak baru

 the gray one named Pia. and the black one named Darl


dah besar sikit dah.. :)


Pia.. she's so adorable. isn't she?


Darl the naughty boy. suka gigit and kacau Pia. 


p/s: other pictures will come soon. 




Saturday, January 8, 2011

Jamal Abdillah best!

okeyh! on9 jugak akhirnya. azam baru kot. tahun 2011, kena disiplinkan diri. kuatkan jati diri. kawal diri. semua yang berkaitan dengan diri pun boleh jugak lah. sepanjang seminggu tak on9 ni, macam-macam yang terjadi. ingat nak post pasal ada satu kawan ni. dia bagi surat. tapi satu kerja pulak nak scan surat tu lah bagai. lain kali jelah eh.

anyway. sabtu. 7 Januari 2011. 8.30. pergi Istana Budaya. untuk apa? hei. hei. saya ada konsert lah. muahaha. takde der. kitorang pergi tengok konsert Jamal Abdillah of course. masuk ni dah dua kali. dah macam rumah kedua pulak IB tuh. heee. kitorang sampai IB awal sebab taknak tersekat kat highway. rezeki sampai awal. terjumpa pulak Jamal Abdillah kat lobi IB. fuyoooh! tergamam ayah. last-last, saya yang menyedarkan keadaan. so my parents pun posing lah dengan dia. klik. klik. best! tapi me and add tak ambik gambar dengan dia pun. malu ah! ahaha. kitorang ambik gambar dengan patung Jamal Abdillah je. okey lah tuh kan ;)

then lepas solat asar kat situ, sementara tunggu solat maghrib, kitorang makan kat cafe situ. rezeki lagi kot. dapat jumpa Misha Omar. muahaha. dia makan dengan kawan-kawan dia kat meja sebelah kitorang. tapi kitorang takde lah nak ambik gambar dengan dia. sebab dia tengah busy on the phone. tapi dia serius cantik. lemah lembut. berbudi bahasa. wahlahai.

lepas maghrib, tepat 8.30, dah boleh masuk hall. layan  lagu-lagu Jamal Abdillah. memang super duper power lah suara dia. tambah-tambah dia nyanyi lagu Azura without music. meremang. gemersik habis. :)). around 11p.m, konsert pun tamat. kitorang pun balik.


p/s: pictures? tak nak letak. sebab tak lawa pun. ngahaha

Sunday, January 2, 2011

Thank You Allah


dulu pernah terfikir
kenapalah ini yang terjadi kat aku
kenapa tidak pada orang lain
kenapa aku jadi mangsa dia
dan kenapa aku masih menyebelahinya
kenapa rasa itu masih ada
tak terfikirkah aku tentang apa yang telah dia buat
tak terfikirkah aku tentang berapa kali dia mengecewakan aku
kenapa susah benar nak melupakannya
kenapa senang betul aku memaafkannya
kenapa tuhan berikan takdirku sebegini
apa salah aku?

tetapi.
Allah itu Maha Mengetahui
Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk hambaNya 
sesungguhnya segala takdirNya untukku
adalah sebaik-baik perhitungan
Dia tahu akan semuanya

dan baru kini aku mengerti
baru kini aku tersedar dan terjaga
betapa selama ini aku telah dibayanginya
diselubungi sifatnya yang zahir itu
dan Allah yang Maha Penyayang itulah
yang menyelamatkan aku
dengan satu kejadian
satu kisah pada malam hari
yang menyedarkan aku betapa bodohnya aku
menyanjungi dia yang salah

aku bersyukur ya Allah.
kerna aku lebih berhati-hati
dan mampu lari daripadanya
ampunkan hambaMu yang lemah
ampunkan hambaMu yang leka

p/s: thank you Allah