Pages

Saturday, January 22, 2011

Saya Cair dengan Lelaki Bila....


SAYA CAIR PADA LELAKI YANG :


1. sanggup setia temankan mak ayah dia pergi beli barang kat kedai.
tolong angkatkan bakul ke, tolong sorongkan trolley ke.
dia tak segan langsung berjalan dengan mak ayah dia.
walaupun kena beli bawang, ayam mentah atau sabun mandi  
adui! terpesona aku dibuatnya.

2. menjaga agamanya. dia pandai membaca doa.
membaca doa dengan penuh khusyuk, walaupun tak faham maksdunya.
juga bila dia membaca al-Quran.
sumpah cair!
tak tahan tengok ketekunan dia menghadap al-Quran. 
walaupun dia tak lah berapa nak baik perangainya.
tetapi berubah dalam sekelip mata bila membaca al-Quran

3. suka bergurau dengan budak-budak.
tak kesah lah dengan adik kecik, anak buah, budak tepi jalan, adik kawan
main kejar-kejar, main geletek-geletek, main sergah-sergah.
berjiwa abang atau bapa betul. susah nak nampak ni.
suka kendong budak kecik atau bayi dan mencium pipinya. 
sweet! takdelah kes-kes ayah dera anak lagi

4. menjaga matanya. tak meliar matanya bila terpandang perempuan
pandang sekali cukup. bukan pandang balik dan tak terkelip-kelip.
mulut tak gatal nak usha-usha orang perempuan.
bila dah perangai macam tuh, kita pun boleh gila nak pergi usha dia pulak.
insyaAllah selamat dunia akhirat dengan lelaki macam ni

5. sungguh menjaga adab bila dengan mak ayah.
dengan kawan-kawan kemainlah kasar ayat. perangai pun tak boleh blah.
tapi bila dengan mak ayah, ayat sungguhlah bertapis. lemah lembut. dan bernada rendah
cakap dengan mak ayah macam cakap dengan makwe. halus bahasa.
terbaik! anak soleh ni.

6. bawakkan mak ayah dia kemana-mana sahaja yang ingin mereka pergi.
tolong drivekan mak ayah dia pergi pasar ke, pergi bank ke, pergi pasar malam ke
tak lokek dengan minyak kereta. tak berkira
tak rasa penat walaupun tau-taulah karenah mak ayah yang dah tua.



SUMPAH CAIR TENGOK LELAKI MACAM NI
MANA NAK CARI LAGI?
KAT SEREMBAN RAMAI TAK?






2 comments: