Pages

Saturday, January 15, 2011

Untuk wanita dari wanita


post yang diterbit khas untuk wanita, perempuan dan gadis sekalian
sebagai insan yang sejantina
saya rasa tertarik untuk memberitahu
beberapa perkara yang tidak manis dan tidak elok
dilakukan oleh jantina kita
ehem. ehem.
jom baca :)



1. awak pakai tudung. okey bagus. tapi kenapa pakai baju lengan pendek? 
apa motif awak sebenarnya pakai tudung? nak tutup rambut ke nak berfashion.
ada jugak. yang pakai tudung, tapi tak pakai anak tudung.
sudahnya, nampak rambut yang cantik tuh. apa kes?
tak paham kat situ

2. kalau gurls bila ambik gambar selalu nak buat muka comel kan. 
tak kesahlah tuh. empunya badan pun sama je.
tapi kalau dah buat muka macam kucing nak beranak je.
or pose macam orang tengah membuang sungai besar. apa tu? kelakar lah.
dikerut-kerutkan muka. dibesar-besarkan mata. dimuncung-muncungkan mulut
be natural lah gurls. senyum biar ikhlas. lagi menawan
elok-elok nak buat muka comel, dah tak comel langsung

3. kalau betul lah awak suka kat seseorang, perlu ke sampai nak menggatal kat orang tuh
adoi. rasanya, lelaki je yang sesuai untuk mengurat kot.
bila tengok gurls mengurat, tak manis langsung. langsung orang tengok tak ada maruah
kot ye pun lah suka, tak perlu kot nak menggese(bahasa noghori) je dengan orang tuh
menyampah pulak orang tengok nanti
cover cover lah sikit eh

4. pakai baju kurung. dah cantik dah kat situ. muka sikit punya ayu. alhamdulillah lah.
ni tiba-tiba nak terpekik-pekik macam orang tak betul ni kenapa?
bercakap mesti nak menjerit, nak melolong.
belum dengar bila mengamuk. macam-macam ayat kasar keluar.
apa ni? awak perempuan lah. dah cukup ayu anda tercipta
kenapa mesti bersuara macam kucing melalak? tak manis langsung

5. kita selalu dengar lelaki menduakan cintanya.
banyak kali dengar kan? dah rasa macam biasa je bila dengar
tapi kalau gurls yang menduakan cinta. woh! kes berat ni.
sangat zalim rasanya gurls tuh
sebab gurls dicipta selembut-lembut hati
kenapa mesti jahat hati nak menghancurkan hati orang.
hilang rasa suka tengok gurls ayu dan lemah lembut macam ni

6. awak sopan santun. awak baik. awak lemah lembut
bahasa yang baik-baik dan halus. suara yang lembut dan lunak
tapi awak berpegangan tangan dengan teman lelaki awak
OH. NO! cacat habis penampilan awak.
awak dah ada ciri-ciri gadis melayu terakhir.
tapi awak belum mampu melawan nafsu awak.
hei gurls. tolonglah jaga maruah.
jangan senang-senang bagi mereka pegang awak
jangan jadi terlalu murah. okey? :)


so. hope sangat ramai kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak yang sejantina
tolonglah fikir-fikirkan. mana-mana yang boleh diubah, ubahlah.
demi menjaga nama baik sendiri, dan maruah ibu bapa tersayang
biarlah orang pandang kita dengan senyuman
bukan dengan jelingan dan kata belakang


p/s: jom berdoa ramai-ramai agar kita semua berubah ke arah kebaikan. amin. :)


2 comments: