Pages

Sunday, February 27, 2011

Tiru-Meniru


Orang pernah cakap, meniru benda yang baik untuk kita menjadi lebih baik, memanglah baik. Meniru di sini bermaksud mengikut cara dan bentuk sesuatu perkara yang baik supaya kita boleh memperbaik diri kita. Itu memang dibolehkan. Tapi kan. Ada beberapa perkara meniru yang saya tak suka. Menjengkelkan. Meniru di sini membawa maksud ingin menjadi seperti seseorang yang ditiru tu agar setanding dengan orang tu dan dipandang megah oleh orang lain.


1. meniru gaya fesyen orang lain.
Orang macam ni, dia suka tiru gaya penampilan orang lain. Contohnya. Orang pakai baju merah. Dia pun nak pakai baju merah. Orang guna pencil box besar, dia pun nak pakai pencil box besar. Orang pakai beg macam handbag, dia pun nak pakai beg macam handbag. Apa niat dia nak tiru-tiru orang punya gaya eh? So that kalau ada boy ni suka kat gurl yang pakai bag macam handbag, dia pun nak boy tadi suka kat dia jugak, so dia kena pakai bag macam handbag jugak. Macam tu? Kelakar lah!

2. meniru gaya percakapan dan tulisan orang lain.
Orang macam ni, dia suka tiru macam mana orang lain bercakap, macam mana orang lain menulis di blog atau facebook. Contohnya. Orang bercakap sambil tersenyum, dia yang memang jenis berat mulut nak senyum pun try nak bercakap sambil tersenyum. Sudahnya? Nampak macam tersengih kerang busuk. Orang tulis ayat-ayat pendek dalam blog,dia pun nak tulis pendek-pendek jugak padahal sebelum tu, dia lah yang paling suka buat ayat panjang-panjang. Orang buat simbol-simbol sebagai lambang penulisan dia dalam facebook or blog, dia pun tiri gaya simbol tu jugak. Ini sudah lebih. Takkan semua benda nak tiru kot. Serius orang jenis macam ni sangat adore kat orang yang dia tiru tu kot. Ahh! Menjengkelkan. And hei awak yang suka meniru gaya penulisan orang lain, awak sangat looser. Sebab nak jadi SEBIJIK macam orang lain. Takde identiti langsung. Ke sebab awak jeles dengan orang yang awak tiru tuh? Agak-agak lah pun kalau nak meniru. Janganlah sampai semua benda awak nak tiru. Annoyed!


p/s: Gurl. Jadi diri sendiri lah eh. Baru orang suka. Baru awak ada identiti sendiri. baru best!


No comments:

Post a Comment