Pages

Thursday, March 31, 2011

Stay petang. Best!

malam semalam dah decide nak stay petang harini. kena siapkan mural. muktamad. kena buat!
tapi Hanna mungkin tak datang. dan memang dia tak datang harini.
so kenalah memujuk Iqlima teman untuk stay petang. sorry eh Ima. heee
and Nora pulak nak stay petang sama. lagilah best.
okey finelah. harini dalam kelas macam biasa je. nothing interesting happen.
tapi bila habis je waktu, kitorang pergi menyibuk kelas Mawar.
ada apa? makan makan lah. hahaha. diorang buat party.
saya yang memang dah lapar sangat ni, makan jelah.
mula mula tu memang lah malu. tapi Iqlima ada kot. share lah makan dengan dia.

done je makan, teman Iqlima dengan Nora pergi group meeting for MPP
yelah. takkan nak duduk sorang sorang kan. so join lah diorang.
agak agak dalam pukul 2, it's time to start my work! yeah!
saya dengan Akmal pun turun bawah pergi bilik seni
ambiklah peralatan apa yang patut untuk mewarna
kitorang pun start mewarna dinding. mana mana yang tak siap tu, kitorang habiskan

dalam pukul 2.30 rasanya, Iqlima dengan Nora pun habis meeting.
diorang pun 'menyibuklah' dengan mural kitorang. hahaha.
takdelah menyibuk. sangat membantu lagi.
kalau tak ada diorang, sumpah tak siap mural tu.
sambil sambil kitorang mewarna, makin berduyun pulak yang datang sibuk mewarna
Ameer. Faris. Fitri. Akwa pun turut sama menunjuk bakat. bakat lah sangat. pft~
so kitorang pun warnalah sama

actually, bukanlah aktiviti mewarna tu yang interesting
tapi aktiviti sampingan tu yang sebenarnya gempak gila
1st. ada budak lelaki form5 ni, dia ni agak lembut. (agak ke? macam banyak je)
dia dengan kawan dia dok mengacau kitorang. dahlah mulut boleh tahan.
kitorang tak habis habis tergelak dengar dia berceloteh.
diorang mengacau Fitri dengan Iqlima pulak tu.
hah eloklah. baik sangatlah tu mengacau budak 'gila' macam diorang, hahaha. lagi gamatlah.
serius rasa macam nak pecah perut tergelak tadi
fitri pun pergi layang diorang. lagilah!

time nak buat lining pada perkataan tu. lagi kelakar.
memang tahu Iqlima tak pandai buat lining tu. Fitri pun.
awal awal lagi diorang cakap tak pandai buat.
tapi saya dan Nora suruh jugak diorang buat.
sudahnya? teruklah. (kata diorang lah. padahal mana ada teruk. saja cari alasan nak stop buat) :)
macam macam bentuk ada lining tu. tak tahulah apa cikgu cakap nanti
yang si Iqlima dengan Fitri pulak tak habis habis ketawa dengan hasil kerja diorang.
saya dengan Nora pun apa lagi. bantai ketawa lah. memang harini hari ketawa kitorang kot.

agak agak pukul 3.45 macamtu, kitorang dah siap mewarna.
dah takde benda nak buat dah. so kitorang pun borak borak lah
saya. Iqlima. Nora. borak dan borak kat tepi dinding. atas lantai. di tingkat 3.
banyak betul kitorang borakkan. macam macam. tapi tak bolehlah nka bagitahu kat sini. SECRET
pukul 4.45 macamtu, kitorang pun decide nak balik.
masa nak balik tu, kitorang kemas kemas lah barang barang. nak hantar ke bilik seni
saya. Nora. Iqlima pergi toilet nak basuh palet dengan berus-berus semua lah
lepastu, masukkan semua barang tu dalam kotak
then macam biasalah. Akmal kena angkat kotak tu
tapi yang kelakarnya, dia nak angkat kotak berat tapi sambil menonggeng
memang salah lah cara tu. done done je kena sakit pinggang. terus stop dari terus ambik kotak tu
kelakar gila bila dengar Iqlima cerita macam mana muka Akmal masa tu. kelakar.
Iqlima dengan Nora tak habis habis gelak sampai balik
tapi serius having fun lah harini. ketawa banyak. bergurau banyak. berborak banyak.


to Iqlima. Nora. sayang korang sebab temankan aku. 
to Akmal. Akwa. siap pun kerja kita. lega weh. hahaha
to Fitri. Ameer. Faris. thanks sebab turut sama siapkan mural tu walaupun saya tak mintak
to Hanna. I wish you can be with us tadi. mesti lagi best! :)


p/s: penat. tapi rasa happy. thanks kawan


Wednesday, March 30, 2011

Mesra. Lesbian? Is it necessary?


Lokasi: SHAMS
Situasi:

1. berpeluk-peluk dengan kawan
2. berlaga pipi dengan kawan
3. bergambar sambil berpelukan
4. berjalan sambil berpegangan tangan
5. duduk rapat-rapat
6. main peluk-peluk
Pandangan orang ramai:
"Wah. Rapatnya diorang. Bestnya dapat kawan macam tu. Macam adik-beradik. Suka bila kawan buat macam tu"


Lokasi: Current place (perlu dirahsiakan)
Situasi:

1. berpeluk-peluk dengan kawan
2. berlaga pipi dengan kawan
3. bergambar sambil berpelukan
4. berjalan sambil berpegangan tangan
5. duduk rapat-rapat
6. main peluk-peluk

Pandangan orang ramai:
" Eee.. Diorang tu macam ada apa-apa je. Rapat-rapat macamtu mesti ada apa-apa. Sah sah lesbian ni. Eee."


See? Can you see the different? Sangat tak adil kan? 
Susah rasanya berada dalam situasi yang macam ni.
Serba tak boleh bila kita dengan kawan
Nak buat apa-apa, kena pandang sekeliling dulu
Itulah fenomena yang perlu kita ikut apabila berada di tempat yang berbeza
Manusia berbeza. Suasana berbeza. Cara berbeza


p/s: kadang kadang rasa sedih. dengan kawan kot. pun tak boleh.

Please come!

serius
rasa tak tentu arah bila dia tak datang harini
bukan sekali ni dia tak datang
banyak kali dah
tapi tak tahu kenapa harini rasa macam serba tak kena sangat
rasa sunyi sungguh
rasa tak best
rasa ditinggalkan
rasa terperuk sorang sorang
arghh!

now I know kenapa saya rasa serba tak kena
dia demam rupanya
patutlah..
macam ada instinct je kan. hehehe
adui. lambat betul saya tahu
tu pun bila Iqlima bagitahu
dear. kenapa tak bagitahu I?
i thought u tak datang sebab lain
okey. okey
get well soon
hope u datang esok. datang lah eh :)

p/s: hanna. datang lah eh. I tak suka duduk sorang sorang :(


Monday, March 28, 2011

"Futsal. Tak boleh." - Ayah


"Ayah. Ayah pernah cakap yang girls yang main bola or futsal tak manis kan? Really?"

"Tak sopan. Tak manis"

"Even dalam kawasan tertutup?"

"Tak kesahlah kat mana pun"

"How about bola jaring or bola tampar?"

"Itu tak apa""

"Tapi kenapa futsal tak boleh?"

"Kan main bola kena menyepak"

"Hoki tu pun lasak jugak apa. Yuni tengok lasak betul main hoki"

"Hoki hanya lari lari. Mana mana sports pun memang lasak. Tapi bola kena menendang, menyepak. Apa pulak ghoman orang perempuan terkangkang2, menyepak sampai kaki terangkat"

"So kalau Yuni nak main futsal, even tempat tertutup and dengan cousin je pun, tak boleh ke?"

"Tak"



Okey. Enough. I got you :)


Sunday, March 27, 2011

Thanks Hana


thanx hana
text u tadi sangat dihargai
and u dah buat i jadi tenang
thanx about your opinion
dan i tak sangka u bersangka begitu tentang dia
i tak sangka u marah sampai begitu sekali pasal dia
i janji i akan bersabar dan bertenang
i tak akan fikir fikir pasal dia lagi
u right
dia bukan yang terbaik
dia lebih sesuai dengan orang orang seperti dia
bukan i
thanx sangat



p/s: thanx God for giving them for me when i need someone badly





kind of pathetic right?

i know

i feel it too

*sigh*


Hating Me. Thank You :)

if you hate me
then it's okay with me
i can do nothing to stop it from happen
it's your wish

but i don't think that i can hate you back
even i have thousands of reason to do that
cause hating person is not a good way
your act of hating person
showing that you have a bad heart
who think that you're the only one with perfect personality

you can hate me
go on!
hate me as much as you want
i don't care!
but one think you must know
i will never hate you
cause i'm not prefect ebough to hating person
and it same goes on you


p/s: i still have my friends. thank you


Saturday, March 26, 2011

Cik Nora dan Cik Ain


untuk Nora

terima kasih sebab beritahu pasal cerita tu

al least saya tak buang masa

berbaik dengan orang yang salah

untuk Ain

terima kasih dengan nasihat anda

sekurang-kurangnya

kemarahan saya semakin surut










GERAM


SUNGGUH




Friday, March 25, 2011

U !

serius
i tak suka u
first first lagi i rasa u tak baik
ramai orang cakap buruk pasal u
ramai
tapi i tak tahu nak percaya ke tak
sebab i sendiri nampak u macam tu
u teruk
mungkin sebab i tak pernah jumpa orang perangai macam tu
so bagi i
perangai u sangat teruk
i tak sangka
rupa lain sungguh dengan tingkah laku
i cuba nak berbaik dengan u
i taknak ada rasa benci atau tak suka pada u
i taknak bermusuh
i taknak kita saling menjeling
i try berbaik
i borak dengan u
i tegur u
i gelak gelak dengan u
i senyum kat u
tapi bila u tunjuk perangai u yang sebenar
dengan i tengok sendiri apa u buat
dengan kawan i report pasal u
i jadi geram
memang betul perangai u macam ni
so memang betul apa yang i dengar
memang u berperangai macam tu

i tak tahu nak cakap apa bila kawan i cakap pasal u
i terperanjat. kelu. geram. sedih. kecewa
i tak sangka sampai begitu sekali u buat macam tu
i tak boleh nak salahkan dia sebab layan u
i tak boleh halang dia untuk dia suka u
sebab i tahu
dia takkan macam tu
kalau u tak goda dia!
apa yang u nak?
u nak dia?
so apa u nak buat dengan kekasih u?
nak menduakan dia?
nak curang? khianat?
buatlah apa u suka
asalkan u bahagia
tapi tolong jangan sakitkan hati kekasih u
jangan curangkan dia
dia sangat baik untuk pillih u jadi kekasih dia
dan i rasa sangat kasihan dengan dia
punya kekasih yang curang macam u

i tahu perangai orang macam u
i dah tak hairan
sebab ramai lagi orang yang macam u
i taknak jadi orang macam u
mudah didekati
mudah dibawa borak
mudah dibawa bermain
mudah dibawa keluar
for me
it can be call as MURAH
i taknak jadi murah macam tu
memang i tak boleh jadi macam u
yang boleh buat dia ketawa. senyum. 
yang mudah dibuat kawan
atau mungkin lebih dari itu
sebab u layan tanpa batas
tanpa had dan tatasusila
u layan semua orang sama dengan u layan sejantina dengan u
i taknak buat macam tu
dan i taknak jadi macam tu
i taknak digelar murah
walaupun i dipandang tak mesra kawan
i tak kesah

u buatlah apa u suka
u layan lah mesra mana u nak
u boraklah panjang mana u larat
u rapat lah dekat mana u suka
i tak kesah
dan i dah taknak ambil peduli


p/s: thanx jugak sebab u buat perangai macam tu. at least i boleh kenal siapa dia yang sebanar.
dan paling penting. siapa u yang sebenar.


Thursday, March 24, 2011

Facebook. You're a drug!





kau nak apa sebenarnya
apa intention kau
macam macam kau buat kat aku
apa niat kau
apa sebenarnya rancangan yang kau dah buat untuk aku
kau nak tengok aku kecewa
nak tengok aku hampa
nak tengok aku menangis
nak tengok aku lemah
yang mana satu niat kau
atau kau nak tengok aku 
menjadi sama seperti perempuan lain

aku tahu niat kau
berbaik-baik dengan aku
kau layan aku macam-macam
kau buat aku fikir yang kau baik
kau tunjukkan yang kau ni baik
kau buat aku jadi lain dari diri aku yang sebenar
kau buat aku jadi tak fokus pada impian aku

dan sekarang
kau berubah
mungkin kau jadi diri kau yang sebenar
kenapa jadi macam ni
apa yang aku dah buat
sampai kau buat macam ni

tolonglah!
tolong jangan ganggu aku lagi
kalau niat kau tak baik
kalau niat kau nak merosakkan aku
nak menjatuhkan maruah aku
nak menghancurkan impian aku
aku tak pernah marah dengan seeorang sampai tahap ni
tapi kau betul betul buat aku marah
kau mempergunakan aku
dan itu yang paling aku geram pasal kau

aku belum bersedia untuk memaafkan kau
kalau betul niat kau jahat


p/s: kalau tak suka. diam diam je.




Wednesday, March 23, 2011

Congratulations dear




CONGRATULATIONS !
well done my dear
I know you can do it


p/s: nak belanja apa ni eh?


Sunday, March 20, 2011

Cuti yang Menggembirakan

minggu ni sangat best
minggu cuti panjang yang sangat menggembirakan
banyak movies dan cerita yang kitorang dapat tengok
dalam masa satu minggu je. muahaha
yang tak boleh blahnya. dalam seminggu je, dua kali tengok wayang. auuw..

1. 127 hours
2. Sini Ada hantu
3. Hikayat Merong Mahawangsa
4. Paranormal Activities 2
5. Seigi no Mikata ( drama bersiri Jepun. must watch! )


tapi tak boleh lupa dengan my ayah.
mula mula memang geram je bila ayah buat dunno about buying tickets for Hikayat Merong Mahawangsa.
saya pun, malas nak ingatkan my ayah banyak kali. takut my ayah taknak tengok.
then sabtu semalam, ayah cakap nak tengok. great! happy gila masa tu. so ayah suruh adik tengok TGV on9.
nak tengoklah show pukul berapa. so we decided to book on 5.00 p.m
dalam pukul 4 lebih baru kitorang keluar rumah. lambat dah!
dah lah tuh. time time ni pulak lah sesak kat highway. kering darah tahu tak!
sampai jusco je dalam pukul 4.40. serius lambat ni. tiket tak beli lagi. janganlah habis!
but what makes me surprise is, ayah boleh suruh pergi solat dulu. then I said " tiket belum beli lah ayah"
then surprise surprise! ayah keluarkan 4 tiket dari poket seluar. 
serius. kalau tanyalah apa reaksi masa tu. rasa macam nak menjerit.
apa taknya. kaki kemain lah sakit melangkah laju ke wayang. rupa-rupanya dah beli.
ayah gelak gelak je. arghhh! tertipu! kakak pun ikut sama dengan ayah. saya dengan adik kena tipu
KAMI TIPAH TERTIPU!
hahaha. kitorang pun ambik kesempatan 'lesing' ayah. hahaha ( main-main je okay. bukan kuat pun )
itulah al kisahnya...


p/s: thanx ayah belanja Hikayat Merong Mahawangsa. thanx kakak belanja 127 hours. muah. muah.



Sedetik Lebih





Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


awesome! cool! fantastic! Malaysia Boleh. 
tak rugi tengok babe. ;)


p/s: susah betul nak carik mp3 lagu ni. geram!



Saturday, March 19, 2011

9 Ciri Wanita Idaman Lelaki


1. Berpegang Kepada Agama 
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak cerewet.
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. 

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memaniskan wajah
  • Sentiasa senyum
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain. 

Lelaki Memasak - Seksikah?



semalam terbaca kat surat khabar

LELAKI MEMASAK - SEKSIKAH?
and I'll say YES!
kenapa lelaki memasak nampak seksi?
well here is my opinions 

1.diorang dah memecah tradisi.
selalu kita tengok mothers yang memasak right? well  itu dah menjadi kebiasaan.
tapi bila lelaki memasak. awesome! jarang jarang lelaki nak memasak.
jauh lagi yang terer bab memasak.

2. diorang nampak gentleman
hei hei. ingat lelaki yang tolong bukakkan pintu or tolong belikan panadol or bagi girl jalan dulu je ke nampak gentleman. lelaki yang memasak pun gentleman okey. bukti?
diorang tak kesah nak kotorkan diri dengan cili atau membusukkan diri dengan bau bawang kat dapur.
diorang sanggup pergi dapur untuk tolong isteri dia memasak. sweet yaw!

CONCLUSION!!
lelaki yang memasak ialah lelaki yang terbaik.
wanita memasak. satu kemestian
lelaki memasak. satu bonus untuk anda!

orang cakap lelaki masak ni untuk ambik hati teman wanita atau isteri
ada jugak cakap lelaki masak sebab hobi.
I don't care what they said about that.
for me, men who cook is so damn hot. you're rock!



p/s: suka tengok ayah memasak. ayah. you look sexy in that way. HAHAHA



Friday, March 18, 2011

Shopping with My Aunts and cousin

semalam. serius hari yang memenatkan. tapi dalam masa yang sama. seronok babe! hahaha. semalam kitorang balik KL. awal awal pagi, dalam pukul 8 dah keluar rumah. and kitorang pergi breakfast kat Tobing. lepas tu terus bertolak pergi rumah Achik. lepak lepak kejap kat rumah my aunt, then baru pergi jalan jalan and shopping kat Jalan Tunku Abdul Rahman. 1st location? of coure kedai Jakel. dah tentu aim nak pergi shopping is beli kain. tang ni memang payah. mana taknya. ingat senang ke nak cari kain ikut warna tema ditetapkan. susah oo.. ambik masalah nak cari. turun naik turun naik kitorang carik kain. mula mula carik tingkat atas. banyak cotton yang lawa lawa. tapi tak boleh beli, sebab tak sesuai nak pakai untuk hari tu nanti. so kena cari kain yang best sikit. lebih kurang 2jam selepas tu, jumpa lah jugak kain kitorang. lega! tapi maksu n achik n tasha(kazen) belum jumpa kain lagi. fine lah. kitorang pun boleh merayau rayau

 me, mak, kakak n adik pergi merayau kat kedai tudung pulak. alah. kedai tepi jalan je. tak dapat der masuk kedai Ariani (tak pakai pun tudung macam tu). sungguh! banyak gila tudung kat situ. lagi banyak kot daripada Tecso, Giant dan sebagainya kat Seremban ni. kejap je dah jumpa tudung yang sesuai n comel. haha. so sementara menunggu my aunts memilih kain lagi, kitorang pergi Semua House. konon nak carik apa apa yang sesuai lah untuk wedding nanti. tapi tak jumpa apa apa. so tak beli apa apa pun. hemm. buat penat kaki je jalan naik shopping complex tu. and buat pening kepala je kena naik lif turun naik.

dah takde benda nak carik kat situ, my aunts and Tasha pun baru je sampai. so.. masa untuk makan! adui. serius lapar. sakit perut betul kena tahan lapar. mula mula ingat nak makan kat KFC. tapi suprise gila bila tengok restoran dia kotor. meja pun penuh dengan bekas makanan yang tak berambik dan berkemas. nilah 1st time tengok KFC berkeadaan macam ni. so kitorang pun pergi restoran sebelah. A&W. lagi bersih okay. haha.

lepas je makan, sempat lagi mothers ni nak pergi shopping lagi. arghh! kaki dah sakit. tumit kaki dah tak rasa apa apa dah. kebas. ah takpelah. bukan selalu dapat shopping dengan my saudara. dalam tengah penat penat menunggu my mak dengan achik n maksu membeli, Tasha told me that she and her mum decided to kenalkan saya dengan seorang guy ni. and i was like... WHAT??!! for what? Tasha cakap, he's a nice guy, baik n kinda good looking. i ask her again. why must me? am i too desperate? she said that so that saya boleh lupakan junior saya tu. hahaha. baik betul hati mak saudara n sepupu saya ni. so care about me. takpelah korang. i try my best to let him out of my mind. i promise. lepas je membeli belah, kitorang pun balik.


kesimpulan. best dapat apa yang saya nak. wheee~


p/s: that guy. not bad. tapi dah 30tahun. wuu

Thursday, March 17, 2011

Iwan Hakim. siapakah?

di suatu hari yang bosan (ayat memang tak boleh nak skema lagi agaknya), terdengar dua orang kawan yang sedang berborak. nama pun hari yang bosan, so cerita yang diceritakan pun berbaur bosan. mari sama sama membosankan diri.

Hani: tadi u borak dengan Iwan ke?

Yana: ngeh! jeles eh? takdelah,kawan dia je yang bising2. masa i nak keluarkan buku, kawan dia tiba2 ada kat sebelah i. i yang dah gelabah dari mula, teruslah masuk dalam library. Iwan pulak tak habis habis tergelak. Firdaus dengan Aidil pandang je i dengan budak tu bersilih ganti.

Hani: hehe. jeles lah. laki i pun kan? hehe. a'ah. i perasan tu. dia masuk library jugak ke tadi? Iwan Hakim right? hehe

Yana: i hope dia masuk library tapi tak pulak, hampa sikit kat situ sebenarnya. mana u tau dia Iwan Hakim? masa kita jalan and i nak masuk library, kawan dia cakap macam2, tapi i dah malu, satu pun i tak dengar. u dengar?

Hani: i dengar lah. sebab masa i tunggu u jalan, time tu u cakap dengan Illy kot. i depan member Iwan. then dia kata kat i  "kak. ini Iwan Hakim"

Yana: ouh a'ah. time tu i cakap dengan Illy sebab nak cover malu. malu kot terjerit nama budak tu kuat2.

Hani: hehe. i rasa sedikit teruja di situ sebenarnya sebab nampak muka dia yang sweet tu dari jarak yang dekat. haha

Yana: ngeh! i dah tak sanggup tengok muka dia. malu! tapi before i masuk library, i toleh kat kawan dia yang duduk sebelah i sebab kawan dia panggil. tapi i takdelah pergi kat kawan dia. sampai depan pintu, i toleh kat Iwan kejap. and dia tengah senyum

dialog seterusnya saya dah tak ingat sebab saya bosan mendengar cerita yang bosan. the end.



p/s: susahnya hidup bila phone tak ada kredit. pity.


Nak Menulis. huh!



dalam pada tahun tengah busy ni
tak tahu kenapa
perasaan nak menulis cerita rasa kuat sangat
cerita yang dah berkurun disimpan 5tahun lepas
serius rasa nak sambung balik

Tuesday, March 15, 2011

My sister. Pity her



kasihan adik saya
identiti diciplak.
apakah?
geram betul dengan orang macam tu
takpelah.
orang macam ni takkan ke mana
berapa lama dia boleh bertahan

p/s: you should be proud girl. there is people admiring you. and try to be like you.
jangan ingat artis je yang ditiru okey ;)


127 hours. awesome!

okay. dapat jugak tengok 127 hours petang tadi. and it was awesome. some people might say that cerita ni biasa biasa je. but for me it's great. mula mula tengok trailer kat tv, eager gila nak tengok. kitorang punya show pukul 3.45 petang. sampai jusco around 3.15 kalau tak silap. beli ticket. dah pukul 3.30. so kitorang ingat nak isi masa pergi main kat family area tuh. main apa? main gendang. it was fun. serious! tak tipu punya. beli 2 je token. kalau beli banyak, takut tak sempat nak habiskan, show pun dah nak start. 1st, kakak dengan adik yang main. and saya jadi tukang merakam. hah! tukang merakam je? sedih betul. tapi lepas tuh baru dapat main. ngeh! apa lagi. hentam sama itu gendang kasi kuat lah. muahaha.

sedar sedar je dah pukul 3.45. apa lagi kitorang pun berlarilah ke wayang. pawagam berapa nak tahu? pawagam 7. huh! dah bilik ke 7, tapi tiket dia bukan nak kasi murah pun. geram je kat situ. fine lah. tak kesah sangat pun. then bila masuk je, suprise gila bila tengok ada satu kapel je dalam wayang tuh. hei! betul ke tak ni cerita ni. takkan 2 orang je. campur kitorang 5 orang. takpe. kitorang ambik seats kitorang, and kebetulan duduk sebelah kapel tuh. dah lama lama baru beberapa kapel yang lain masuk. what the? kenapa semua kapel je nih? bukan cerita romantik pun lah! tak suka je. kenapa tak suka? sebab bila dah kapel tengok wayang,diorang bukan fokus pada cerita pun. lebih sibuk nak terkekek ketawa sesama sendiri. dah lah tuh. lagi tak tahan bila ada satu kapel belakang my sis ni, dari start iklan sampai ke habis cerita, tak habis habis mengulas apa yang dia tengok. "eh dia jatuh!". "eee dia minum air kencing dia". "auuu. sakitnya tangan dia".  "hahaha.kelakar pulak". "ouh tuh ada adik dia". "eh makwe dia cantik". hei jang! ini wayang. bukan tempat nak mengulas cerita. diam diam sudah. dah lah tuh. ada ke patut ketawa bahagian bahagian yang tak patut. orang tu tengah sedih and serius nak sampaikan pesanan kat keluarga dia, boleh lagi gelak. hello. tak kelakar lah. teruk betul sense anda.

sudahnya. kapel tu agak menganggu konsentrasi kitorang nak tengok. tapi takpe. still boleh feel lagi tengok. overall cerita, it's great. after done watching, kitorang pergi beli sikit makanan. takde lah lapar mana pun, cuma nak mengunyah sambil menunggu ayah tolong jemputkan kitorang *sayang ayah* :).
kitorang beli papa roti dengan sushi.


p/s: esok nak tengok hikayat merong mahawangsa pulak. whee~




Nak berbaik semula, Boleh?


selepas beberapa bulan
akhirnya kami okay
terima kasih
cukuplah dengan gaduh gaduh ni
dah penat

ayat dari seseorang
di facebook
i wonder
ayat ni dituju pada siapa?
saya harap ayat ni ditujukan untuk saya
hahaha
sedih betul
jadi orang perasan ni



p/s: tak harap lebih. hanya berbaik semula. janji.



Monday, March 14, 2011

He's back!


he's back!
God
he's back!
for almost 3months
now he's here
I know we would never be the same
but..
I wish for something different happen between us
I don't know what it is
but..
I hope we will get better
better than last year
better than before


p/s: dorayaki. imy

Saturday, March 12, 2011

Malaysia Menang PABM 2011

Alhamdulillah. Malaysia menang jugak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2011. Tahniah untuk saudara Amirrudin bin Abdul Rahman. Saya sungguh bangga dengan anda.

Pemenang-pemenang kategori nusantara

1. Malaysia
2. Brunei
3. Singapura

Pemenang-pemenang kategori antarabangsa

1. Turki
2. Rusia
3. Australia


p/s: penat cari peserta Malaysia ni kat facebook. tapi tak jumpa! hemm..

Friday, March 11, 2011

Selamat Belajar


today
at 2.30 pm
adik left our house
officially
she's attending her school programme 
for about 4days 
and it supposedly end on Monday
oh God!
i feel like crying!!
when she started packing her things
when she gather up her books
when she's ironing her kurungs
i was like.... speechless
all i can do is look and stare
say nothing
and seriously. i wanna cry
it's not that this is the first she went for school programme for a long time
but hello. this week is school holidays
school holidays mean that we're supposed to have free from school
now i'm alone
but it's okay
i still have my sister
and today she'll back home
thank kakak sebab balik :)
you teman eh tidur malam ni? *whink whink*



p/s: belajar rajin-rajin adik. jangan banyak borak. rindu yuni, call okay?


Wednesday, March 9, 2011

The Girl

there is a girl
not in the same class with me
she's beautiful
she's nice
but there's something about her
which make me feel like haah?
she always stares at me
every time i walk beside her
she will look at me
i don't know what's wrong with me
what makes her do that weird act
my friends said, she might be jealous at me
but i don't think so
i hope one day
i will ask her personally
why she always stare at me

p/s: she's got jealous? hem...

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

Date: 9 Mac 2011 (Rabu)

Venue: PICC

Activity: Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri

Yes! Kitorang dapat pergi tengok pidato antarabangsa. Serius seronok! So kitorang kena berada di sekolah pada pukul 7 pagi. Cikgu cakap bas bertolak pukul 7. Okey fine. So, kenalah keluar rumah awal. Tapi! Macam biasalah. Takde maknanya bas betul-betul bertolak pukul 7. Dengan basnya sampai lambat lah. Dengan budak pun sampai lambat. Kesudahannya, kenalah tunggu. Agak-agak pukul 7.20 baru bergerak. Dalam perjalanan, tak ada benda yang boleh saya buat selain dengar mp3 phone je. Bukan taknak baca buku, tapi dah memang saya tak boleh membaca dalam kenderaan. Geram je tengok Hanna baca buku kat sebelah. Untunglah boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Iqlima lagi lah! Siap buat latihan PA lagi. Terbaiklah Ima!

Agak-agak dalam pukul berapa ntah, kitorang pun sampai. Pukul 9 rasanya. So kitorang pun masuk PICC. 1st destinasi? TANDAS! hahaha. Lama sangat kot duduk dalam bas. Dah lah sejuk. Mestilah masing-masing rasa macam nak ke sungai kecil(bagi yang belajar bahasa melayu formal, faham kan?)

 Nora dan Iqlima

 Aida, Nora dan Iqlima

Lepas masing-masing melepas hajat, barulah kitorang masuk ke dewan untuk melihat pertandingan pidato berlangsung. Lama jugak nak tunggu pertangdingan bermula. Dalam pukul 10, barulah mula. Selama menunggu tuh, apa lagi kerja kitorang. Ambik gambar jelah. Takkan nak main lari-lari pulak kan.






Setelah sekian lama menunggu, bermula jugak pertandingan pidato ni. Pertandingan dimulakan dengan saringan peringkat nusantara. Negara-negara yang terlibat ialah Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand. Peserta dari negara Thailand memang betul-betul buat kitorang gelak besar. Bukan apa. Dialek dia bila berbahasa Melayu, memang kelakar. Peserta dari negara Indonesia, boleh la,dan mereka banyak tersekat-sekat dan point yang diorang sampaikan, sikit sangat. Kitorang tak paham apa yang mereka cuba sampaikan. Tapi dari Malaysia?? Memang terbaik!! Mantap. Lancar. Hafaz. Berisi. Menghiburkan. Serius cakap! Bukan nak memihak pada negara sendiri. Tapi sapa-sapa tengok pun,akan cakap Malaysia punya memang best. Satu dewan gamat bila peserta Malaysia berpidato. Orang luar terutama dari Eropah pun siap bangun dan beri tepukan.

Seterusnya, saringan kategori antarabangsa. Memang bangga bila tengok orang luar boleh berbahasa Melayu dengan lancar. Walaupun masih ada pelat bahasa mereka. Peserta dari China dan Australia antara peserta yang berpidato dengan menarik dan menghiburkan para tetamu. Peserta dari negara-negara lain seperti Amerika, Itali, India, Filipina, Rusia dan banyak lagi, mereka pun boleh tahan. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Tapi peserta Malaysia yang terbaiklah. hahaha. Yang penting, peserta Malaysia berjaya mara ke separuh akhir. Alhamdulillah. Di bawah ini adalah gambar-gambar kitorang dengan beberapa peserta yang sempat kitorang sapa.


Peserta dari Malaysia (dia ni saya punya. lalala~)


 Peserta dari China


Peserta dari Malaysia (InsyaAllah Juara. Amin)


Peserta dari negara tak tahu. haha


Peserta dari Brunei. (peserta paling sporting kot..)


Peserta dari Singapura


Peserta dari Singapura


Peserta dari Korea (comel tau...)



p/s: rombongan ni memang best!