Pages

Tuesday, March 15, 2011

127 hours. awesome!

okay. dapat jugak tengok 127 hours petang tadi. and it was awesome. some people might say that cerita ni biasa biasa je. but for me it's great. mula mula tengok trailer kat tv, eager gila nak tengok. kitorang punya show pukul 3.45 petang. sampai jusco around 3.15 kalau tak silap. beli ticket. dah pukul 3.30. so kitorang ingat nak isi masa pergi main kat family area tuh. main apa? main gendang. it was fun. serious! tak tipu punya. beli 2 je token. kalau beli banyak, takut tak sempat nak habiskan, show pun dah nak start. 1st, kakak dengan adik yang main. and saya jadi tukang merakam. hah! tukang merakam je? sedih betul. tapi lepas tuh baru dapat main. ngeh! apa lagi. hentam sama itu gendang kasi kuat lah. muahaha.

sedar sedar je dah pukul 3.45. apa lagi kitorang pun berlarilah ke wayang. pawagam berapa nak tahu? pawagam 7. huh! dah bilik ke 7, tapi tiket dia bukan nak kasi murah pun. geram je kat situ. fine lah. tak kesah sangat pun. then bila masuk je, suprise gila bila tengok ada satu kapel je dalam wayang tuh. hei! betul ke tak ni cerita ni. takkan 2 orang je. campur kitorang 5 orang. takpe. kitorang ambik seats kitorang, and kebetulan duduk sebelah kapel tuh. dah lama lama baru beberapa kapel yang lain masuk. what the? kenapa semua kapel je nih? bukan cerita romantik pun lah! tak suka je. kenapa tak suka? sebab bila dah kapel tengok wayang,diorang bukan fokus pada cerita pun. lebih sibuk nak terkekek ketawa sesama sendiri. dah lah tuh. lagi tak tahan bila ada satu kapel belakang my sis ni, dari start iklan sampai ke habis cerita, tak habis habis mengulas apa yang dia tengok. "eh dia jatuh!". "eee dia minum air kencing dia". "auuu. sakitnya tangan dia".  "hahaha.kelakar pulak". "ouh tuh ada adik dia". "eh makwe dia cantik". hei jang! ini wayang. bukan tempat nak mengulas cerita. diam diam sudah. dah lah tuh. ada ke patut ketawa bahagian bahagian yang tak patut. orang tu tengah sedih and serius nak sampaikan pesanan kat keluarga dia, boleh lagi gelak. hello. tak kelakar lah. teruk betul sense anda.

sudahnya. kapel tu agak menganggu konsentrasi kitorang nak tengok. tapi takpe. still boleh feel lagi tengok. overall cerita, it's great. after done watching, kitorang pergi beli sikit makanan. takde lah lapar mana pun, cuma nak mengunyah sambil menunggu ayah tolong jemputkan kitorang *sayang ayah* :).
kitorang beli papa roti dengan sushi.


p/s: esok nak tengok hikayat merong mahawangsa pulak. whee~




No comments:

Post a Comment