Pages

Wednesday, March 9, 2011

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

Date: 9 Mac 2011 (Rabu)

Venue: PICC

Activity: Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri

Yes! Kitorang dapat pergi tengok pidato antarabangsa. Serius seronok! So kitorang kena berada di sekolah pada pukul 7 pagi. Cikgu cakap bas bertolak pukul 7. Okey fine. So, kenalah keluar rumah awal. Tapi! Macam biasalah. Takde maknanya bas betul-betul bertolak pukul 7. Dengan basnya sampai lambat lah. Dengan budak pun sampai lambat. Kesudahannya, kenalah tunggu. Agak-agak pukul 7.20 baru bergerak. Dalam perjalanan, tak ada benda yang boleh saya buat selain dengar mp3 phone je. Bukan taknak baca buku, tapi dah memang saya tak boleh membaca dalam kenderaan. Geram je tengok Hanna baca buku kat sebelah. Untunglah boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Iqlima lagi lah! Siap buat latihan PA lagi. Terbaiklah Ima!

Agak-agak dalam pukul berapa ntah, kitorang pun sampai. Pukul 9 rasanya. So kitorang pun masuk PICC. 1st destinasi? TANDAS! hahaha. Lama sangat kot duduk dalam bas. Dah lah sejuk. Mestilah masing-masing rasa macam nak ke sungai kecil(bagi yang belajar bahasa melayu formal, faham kan?)

 Nora dan Iqlima

 Aida, Nora dan Iqlima

Lepas masing-masing melepas hajat, barulah kitorang masuk ke dewan untuk melihat pertandingan pidato berlangsung. Lama jugak nak tunggu pertangdingan bermula. Dalam pukul 10, barulah mula. Selama menunggu tuh, apa lagi kerja kitorang. Ambik gambar jelah. Takkan nak main lari-lari pulak kan.






Setelah sekian lama menunggu, bermula jugak pertandingan pidato ni. Pertandingan dimulakan dengan saringan peringkat nusantara. Negara-negara yang terlibat ialah Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand. Peserta dari negara Thailand memang betul-betul buat kitorang gelak besar. Bukan apa. Dialek dia bila berbahasa Melayu, memang kelakar. Peserta dari negara Indonesia, boleh la,dan mereka banyak tersekat-sekat dan point yang diorang sampaikan, sikit sangat. Kitorang tak paham apa yang mereka cuba sampaikan. Tapi dari Malaysia?? Memang terbaik!! Mantap. Lancar. Hafaz. Berisi. Menghiburkan. Serius cakap! Bukan nak memihak pada negara sendiri. Tapi sapa-sapa tengok pun,akan cakap Malaysia punya memang best. Satu dewan gamat bila peserta Malaysia berpidato. Orang luar terutama dari Eropah pun siap bangun dan beri tepukan.

Seterusnya, saringan kategori antarabangsa. Memang bangga bila tengok orang luar boleh berbahasa Melayu dengan lancar. Walaupun masih ada pelat bahasa mereka. Peserta dari China dan Australia antara peserta yang berpidato dengan menarik dan menghiburkan para tetamu. Peserta dari negara-negara lain seperti Amerika, Itali, India, Filipina, Rusia dan banyak lagi, mereka pun boleh tahan. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Tapi peserta Malaysia yang terbaiklah. hahaha. Yang penting, peserta Malaysia berjaya mara ke separuh akhir. Alhamdulillah. Di bawah ini adalah gambar-gambar kitorang dengan beberapa peserta yang sempat kitorang sapa.


Peserta dari Malaysia (dia ni saya punya. lalala~)


 Peserta dari China


Peserta dari Malaysia (InsyaAllah Juara. Amin)


Peserta dari negara tak tahu. haha


Peserta dari Brunei. (peserta paling sporting kot..)


Peserta dari Singapura


Peserta dari Singapura


Peserta dari Korea (comel tau...)



p/s: rombongan ni memang best!


2 comments:

  1. yup2! memang best pun. hehe
    nanti final dia rasanya ada siaran langsung kat tv kot.
    nanti boleh lah tengok. :)

    ReplyDelete