Pages

Saturday, April 30, 2011

Bookfair. 2nd time.


again
2nd time
pergi PWTC

BOOKFAIR

yeayyy!
sangatlah seronok
tak terkata seronok eh
dapat pulak buku yang ditunggu-tunggu dari sabtu lepas
rasa macam lepas letak eyemo kat mata gatal
lega gila..

tapi kalau nak cakap pasal perjalanan
sumpah taknak naik komuter pergi sana lagi tahun depan
tak tahu kenapa harini

ORANG RAMAI
DATANG BERDUYUN-DUYUN
MACAM NAK PERGI KONSERT

kat stesen seremban je dah sesak
belum sampai bandar tasik selatan lagi
campur dengan manusia kat sana
mengucap panjang jelah


kat PWTC tak payah cakap lah
rasa macam nak kerjakan haji pun ada jugak
berjalan dari satu booth ke satu booth
berhimpit-himpit sambil berjalan
langgar sana. langgar sini

anyway
puas tetap puas
having fun gila

HANA
NORA

hangout dengan korang memang best
sumpah tak tipu
love it!




p/s: tahun depan kalau ada lagi, fikir 8 kali nak pergi naik komuter ke tak.
fyi. ini kali pertama saya pergi kl naik komuter, without my family! freakyy..





Thursday, April 28, 2011

Counting. Counting. Counting.




saya masih mengira hari-hari saya di sini
saya masih menanti detik-detik akhir saya di sini
saya masih menghitung hari bilakah saya akan melangkah dari sini
agar hari terakhir itu menjelang jua
agar hari-hari saya menjadi seperti biasa
agar hari-hari saya kembali tenang


sayang-sayangku

HANA
NORA
IQLIMA


bukan kamu yang ingin saya hindari
bukan kamu yang menjadikan hidup saya tenang
andai kamu tiada di sisi
bukan kamu 
hanya yang Maha Mengetahui
yang mengetahui




p/s: still counting. December, please come as soon as possible. thank you.



Wednesday, April 27, 2011

Stay Away


I hate that smile
I hate that figure
I hate that steps
I hate that smell
I hate that bag
I hate that voice
I hate that laugh
I hate everything

I hate you

and now can you please stay away from me?

STAY AWAY!

I don't want to see you
I don't want to talk with you


STAY AWAY FROM ME!
STEP BACK!



p/s: ada awak, hidup saya kucar kacir. please stop. now








Monday, April 25, 2011

Nonsense






eu te amo

É isso aí







Sunday, April 24, 2011

Him



my friend told me
to forget about him
left him alone
throw away the feelings
he's jerk
he's stupid
he's blind

I know
I can see it myself
but I don't think I can make it
it's not that easy to make it disappear
it's just that
I can't


p/s: nothing else to say.


Saturday, April 23, 2011

Book + Fair = Exhausted!


Book Fair
memang dua perkara je yang berkaitan
PUAS. PENGSAN
ya Rabbi
memang tak larat nak survey satu bangunan tu
turun naik turun naik mencari buku
nasib baik eskalator ada
tapi memang puas sangat dapat buku yang dicari
tapi actually ada jugak buku yang tak sempat nak beli
so ambik kesempatan nak pergi lagi
sabtu depan
dengan kawan-kawan pulak
yeay!
HANA. NORA
jom! jom!



p/: bawak duit lebih. nanti termenung tengok buku. tak dapat beli  =p


Thursday, April 21, 2011

Kem Kursus Kepimpinan Pra Universiti (Kem BTN)

Program : Kem Kursus Kepimpinan Pra Universiti (Kem BTN)
Date : 18th - 20th April 2011
Venue : Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah


MONDAY, 18th April
kitorang mula sampai di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah. sampai sampai je, ingatkan boleh terus masuk bilik. rupa-rupanya kena tunggu kat depan dewan gymnasium dulu. entah tunggu apa pun taktahu. lama jugak menunggu. adalah dalam setengah jam. then barulah diorang panggil suruh amik alas cadar dan bantal. 1st kitorang dah takut dah. takut duduk bilik terpisah. tak best! kitorang pun tunggulah giliran nak amik alas tu semua. alhamdulillah. dapat pun sama bilik. and yang sama bilik dengan kitorang ialah Faa, Zyla, Nik, Anis, Hajar, Fara, Aisyah and Faezah. ramai kan? tu yang seronok tu. serius! lepas masuk bilik, ada pulak masalah timbul. tak cukup katil. adui. orang dah lah penat menunggu. penat beratur. baju pun dah naik lenjun dek air hujan dengan peluh. ni pulak tak cukup katil. lepas berbincang itu ini, kitorang yang tak dapat katil ni (saya,hana,ima,nora) sepakat nak tidur bawah. bawak tilam turun and bentang panjang panjang. last-last, faa, zyla dengan nik pun nak tidur bawah. lagi lah best. macam satu keluarga. kitorang pun susun beg and berehat sekejap. berehat sekejap apanya. lama tau. sampai turun lambat untuk masuk dewan. bukan sengaja nak lambat, tapi kitorang menyusun bilik. dah lah tu, dalam jadual program tak cakap pun pukul berapa kena berkumpul. alih-alih sampai dewan je, kena marah depan orang ramai sebab lewat. serius. itulah 1st and the last saya dimarah depan orang ramai. malu. segan. kitorang pun terpaksa buat muka tebal pergi duduk kat barisan paling belakang. malam tu, kitorang dibahagikan kepada 14kumpulan. dan seperti dijangka, saya, hana,ima dan nora terpisah. adui. memang tak suka. tapi inilah pengalaman untuk jumpa kawan baru. and ahli kumpulan saya ialah farhana, ziana, tasha, ameera, maz, hanif, farid, fazwan dan sape ntah lagi sorang, lupa plak. lepas habis program, balik lah bilik. balik tu dalam pukul 12 lebih. pelik kan. mana2 kursus selalunya habis program pukul 10 lebih and pukul 11 kena tidur. ini lambat gila. pukul 1 baru boleh tidur. dah lah kena bangun pukul 3pagi.(actually saya,hana,nora dan ima je yang bangun pagi2 buta, nak rebut bilik air lah katakan). sudahnya, penat menunggu dalam bilik untuk solat subuh kat surau


TUESDAY, 19th April
bermulanya LDK kitorang. kitorang diberi seorang fasilitator dalam setiap kumpulan. dan fasi kumpulan kitorang iaitu kumpulan 11 bernama Encik Natar bin Othman. beliau kelakar dan memahami. seronok jadi anak-anak buah beliau. setiap kumpulan dikehendaki mencipta sebuah ciptaan yang diambil dari bahan terbuang. ciptaan tersebut mesti berat sebanyak 3kg. wah! mana nak cari bahan terbuang sampai 3kg. yang ada hanya tin minuman, kotak minuman and plastik makanan. last2, banyak kumpulan yang merepek2 ambik barang selain barang terbuang. kitorang pun tak terkecuali. ada yang amik kipas,kusyen,batu,kerusi,mentol and banyak lagi lah yang entah mana diorang jumpa. then bila time nak kene bentangkan hasil bahan, kitoranglah 1st kumpulan yang dapat pujian dan menepati syarat dan motif. tahniah lah eh kumpulan 11. kita memang best. hahaha. apa lagi aktiviti kitorang eh? hah. kitorang diberi 2biji buah kelapa. dan kitorang diarahkan untuk mengopek kulit kelapa tanpa menggunakan senjata tajam. wuish! tak pernah terpikir dek akal untuk kopek kelapa. dah lah tak pernah kopek kelapa, ini pulak nak kopek tanpa senjata tajam macam-macam cara kitorang buat. hempas kat lantai, ketuk pakai batu bata. last2 semua kelapa tu budak lelaki yang kopekkan. kreatif jugak diorang. cucuk kulit kelapa tu pakai kayu. bila dah terbelah, baru kopek pakai tangan. kitorang siap awal tau. and kitorang sepatutnya dapa no2. tapi ada lah beberapa kumpulan ni yang potong line, dah kitorang dapat no5. sabar jelah. nak marah pun, bukan reti bahasa. petang tu pulak,aktiviti kitorang lagi menarik. aktiviti yang tak pernah saya main. setiap kumpulan kena berbaris ikut kumpulan masing-masing. bila dapat arahan jurulatih,kitorang kena ikut. antaranya, susun ahli paling rendah dihadapan, lepastu paling rendah dibelakang. semuanya kena buat dengan sangat pantas. ada lagi. kena buat barisan paling pendek. ni yang kelakar ni. setiap ahli kena berpelukan untuk memastikan barisan menjadi sependek mungkin. dapat je arahan macamtu, saya terus beratur belakang sekali. kalau tak, memang kena himpitlah dengan budak lelaki. nak baris pendek punya pasalkan, last2 saya kena dukung. gila malu! time malam je, aktiviti yang lebih bersifat patriotik dan sentimental. setiap kumpulan diberi sampul berisi kepingan kertas yang perlu disambung. tak seorang pun yang dibenarkan bercakap. ketua kumpulan kena pergi setiap kumpulan yang lain untuk selesaikan tugasan. tapi ada dua keping kertas yang disembunyikan. kertas2 2 dipegang oleh satu pihak yang berkeras untuk tak bagi ketua2 kumpulan kepingan kertas tu. macam2 cara diorang buat untuk dapatkan kepingan2 tu. akhirnya barulah kitorang sedar maksud tersirat disebalik permainan tu. kitorang perlu bekerjasam untuk membina negara dan mempertahankan negara. jangan sekali-kali meyerahkan negara pada penjajah walau apa cara sekalipun. sebelum supper, ada satu sesi yang perlu kitorang nyanyi bersama sambil berpelukan dengan kawan2. dalam dewan, dengan lampu yang ditutup,berpelukan dengan kawan, kitorang kena nyanyi lagu Warisan-Sudirman. sumpah sedih,sebak dan terharu. kitorang nyanyi dengan semangat sambil menangis. siapa yang tak nangis, bagi kitorang ialah orang yang takde kesedaran patriotik. orang yang benar2 menjiwa dan membayangkan berada di situasi pejuang dulu, akan menangis.

WEDNESDAY, 20th April
masanya untuk kitorang balik. agak sedih jugak sebab nak tinggalkan tempat ni. tempat yang banyak mengajar kitorang erti perjuangan dan menjadi anak Malaysia yang berjiwa patriotik. lepas subuh, kitorang dibenarkan balik bilik untuk berkemas dan bersedia untuk balik. pukul 7.30, kitorang kena hantar alas cadar dan alas bantal. disebabkan kitorang dah bersiap lama, saya,hana,nora dan ima sepakat nak tidur dalam surau. malas nak naik atas sebab kitorang dah bawak dari awal alas2 tu semua. punyalah lena tidur dalam surau(malam tadi kitorang tidur lambat), bangun2 je dah pukul 7.45. apalagi kitorang terus bangun dan keluar nak pergi hantar cadar dan alas bantal. tengok2 semua orang tengah nak sarapan dan diorang dah hantar pun alas cadar tu semua. kecut perut betul kitorang. kitorang pun pergi hantar. nasib baik tak kena marah lambat hantar. lepas hantar, terus pergi breakfast. lepas breakfast, ada program penutup yang takdelah best sangat. mana taknya,kitorang semua pikir nak balik ke masa tu. apa yang orang2 tu cakap, kitorang dah tak dengar dah. bila makan tengah hari je, mula2 saya dan hana taknak makan. bajet tak ada seleralah sebab tak sabar nak balik. masuk je dewan makan, umangai, bau nasi ayam dia tak boleh blah. kitorang tak jadilah nak diet and makan sekali. lepas makan, kitorang ambik gambar beramai2 sebagai kenangan. then, time to go home. bye2 Kem BTN

kasut dan selipar yang bersepah

beg yang paling besar. macam nak duduk seminggu pulak

pemberian sijil oleh YB

bergambar dengan YB

ada intruder. haha. sibuk je nak menyelit

the girls only

the boys. tapi tak cukup

lunch time. sumpah sedap!

masing-masing air sorang 2. haus punya pasal :)



p/s: seronok jumpa kawan baharu. :)


Sunday, April 17, 2011

Cerita Mimpi Lagi


Fouziah Ghous cakap

si dia akan menjadi suami saya
ketika saya terlantar sakit di hospital
saya banyak bermimpi
dan saya termimpikan si dia
saya tahu itu petanda daripada Allah
untuk si dia menjadi pasangan saya

kalaulah betul
jadi macam mana dengan mimpi saya?
yang banyak termimpikan si dia
walaupun mimpi itu tidah membahagiakan
adakah boleh disimpulkan sebagai akan menjadi kenyataan juga?


p/s: ghentikanlah mimpi pasal dia. buat sakit hati je. 


My Pakwe Tersayang


nak tengok pakwe saya?


















nak kenal pakwe saya?



















pakwe saya comel




















comel sangat. nak tengok?















taadaa!


comel kan?
terima kasih :)



So Close






I just totally in love with these songs


Saturday, April 16, 2011

Dear Anonymous

dear anonymous
I don't know why kamu asyik komen ... untuk post2 saya
kamu tak ada benda nak komen ke?
takut saya kenal kamu?
ke takut saya marah kamu?
tak lah
kalau nak komen, komen lah betul2
saya tak marah pun lah
kan kawan kawan saya dah marah
hahaha


p/s: saya dah happy. mood saya dah baik. tak marah punya :)



Friday, April 15, 2011

The Sad Song


Today I'm gonna write a sad song
I'm gonna make it really long
So that everyone can see
That I'm very unhappy

I wish I wasn't always wrong
I wish it wasn't always my fault
The finger which your pointing has knocked me on my knees
So I guess what's only left is...

I'm sorry, it's not like me
It's maturity that I'm lacking
So don't, don't let me go
Just let me know that to grow up and go slow

I wonder what my mom and dad would say
If I told them that I cry each day
And it's hard enough to live so far away

I wish I wasn't always alone
I wish it wasn't always so cold
When the party is over how will I get home?
And all you need to know is

Girl

Gurl
kenapa jadi macam ni?
kenapa buat kami macam ni?
apa salah kami?
sampai hati kamu cakap benda yang tak betul pasal kami
kamu fitnah kami
kami sedih
saya kecewa
saya tak sangka
kamu yang saya lindung selama ni
yang saya bela kamu dari apa apa kesalahan
rupa-rupanya kamu juga yang menfitnah saya
I just don't understand
where did you get the story of us?
apa bukti yang kami begitu?
now mungkin dah tak boleh nak buat apa-apa
nothing can be change
dah terlambat


p/s: hidup di sini makin terseksa :(



Thursday, April 14, 2011

saya ingatkan awak PENGGANTINYA

tapi awak hanya PENYAMBUNGNYA

Wednesday, April 13, 2011

Tuhan. Pedihnya.

saya sayang dia
saya suka dia
apa perlu saya buat?
dia tak punya rasa macam saya

saya sayang dia 
saya suka dia
apa perlu saya buat?
dia tak mengerti perasan saya

saya sayang dia
saya suka dia
apa perlu saya buat?
orang lain lebih baik untuk dia

saya sayang dia
saya suka dia
apa perlu saya buat?
hanya saya yang merasakannya
Tuhan
tolonglah saya
saya tak mampu berterusan begini
lama lagi masa perlu saya menghadapinya
berapa lama lagi perlu saya berdiam diri?
berapa lama lagi saya mampu menahan pandangan?
berapa lama lagi saya mampu menahan perasaan?
berapa lama lagi saya perlu berpura-pura?
Tuhan
tolonglah saya




p/s: hati masih kuat. mental masih kuat. sabar :)




kenapa?
kenapa?
kenapa?
kenapa susah sangat kau nak sedar hah
kenapa susah sangat kau nak perasan
kau tak nampak lagi ke
tak cukup lagi ke klu yang aku dah bagi
tak cukup?
ke tak nampak?
aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi
aku tak tahu nak buat apa suapaya kau nampak dengan terang
nak tunggu aku sendiri cakap dengan kau?
nak aku sendiri terus terang dengan kau?
memang tak akan
aku ulang
memang tak akan


aku tunggu
lama jugak aku tunggu
aku tunggu biar kau nampak
biar kau sedar
tapi hampa
dan sekarang
dia dah maju lagi dari aku
dia dah berani. dia dah menghampiri
dia dah dua langkah dari aku
dan mungkin dia akan berjaya
dia akan akan katakannya pada kau
akan dikatakan

aku takut
aku takut dia akan katakan pada kau
dan kau pun terima
aku takut

aku kecewa
sumpah kecewa
tapi tak apalah
aku redha
aku memang tak layak
kau memang tak akan nampak
kalau kau nampak pun
takkan jadi apa apa
sebab dia lebih mendahului


p/s: semoga berjaya u
untunglah kan, senang cari pengganti :)



Sunday, April 10, 2011

Mimpi saya..Mimpi awak..Mimpi dia


kenapa saya selalu termimpikan awak
kenapa saya termimpikan awak dengan dia
kenapa saya termimpikan awak bermesra dan berborak dengan dia
kenapa saya termimpikan saya menjadi seorang pemerhati
kenapa saya termimpikan saya hanya mampu memerhati
kenapa saya termimpikan saya yang menjadi mangsa
ini mimpi saya
mimpi saya
kenapa saya perlu termimpikan awak
kenapa saya perlu termimpikan dia
kenapa mesti selalu saya termimpikan begitu


kalau benar mimpi itu tidak pernah melukakan perasaan
kenapa itu tidak terjadi
kalau benar realiti itu tidak seindah mimpi
kenapa itu tidak terjadi




p/s: please. for once. don't let that dream come into my dreams. please.

Monday, April 4, 2011

Tak ada Tajuk





Saya tak akan gunakan wajah saya sebagai tiket untuk bermain dengan ramai wanita
Bagaimana mereka boleh bercinta dengan dua wanita dalam masa yang sama?
Saya bangga melihat ibu bapa saya masih bahagia bersama sehingga sekarang
Saya seorang yang percayakan cinta sejati


merangkap ungkapan Robert Pattinson
seorang yang sangat kacak lagi menawan
punya pendirian yang sukar dicari dalam kalangan lelaki zaman sekarang
sah! pendirian itu yang sangat saya kagumi
bukan pada rupa. bukan pada gaya
tapi lebih pada hati



Saturday, April 2, 2011

Yuna. Yuni


I think I'm in love with them
their style
their way of pose
awesome!
I wish I can be stylish like them
they're  freaking beautiful




cool right?
told you so
 fashion fashion jugak.
aurat jangan lupa ;)
p/s: Yuna dan Yuni. eh hampir samalah! bangga sikit. ahaks! ah godik lah heh


Sensitif. Susah jugak.


Yuni. Adik. Bangun bangun
nak sarapan Chembong ni.
cepat sikit.

itulah dia
setiap minggu macam tu
tak Chembong, Tobing
tak Tobing, Chembong
tak kesahlah tu
janji dapat breakfast

okey dah.
tak payahlah bebel lagi
saje nak cakap something
masa tengah breakfast kat situ tadi
ternampak stray cats. banyak!
argh! tak sampai hati nak tengok
dengan muka comel buat muka kasihan harap orang bagi makan
uwaahh! janganlah buat muka macamtu. please
or you'll make me cry
sedih betul tengok kucing kucing ni tak berjaga
badan kurus cengkung
bulu berserabut dengan kerasnya
kudis sana sini
belum campur kurap lagi tu
rasa macam nak bawak balik je
mandikan. belai belai. and kasi makan Frieskies
tapi tak mampu. kat rumah je dah macam nursery kucing
ni nak tambah lagi pulak.
sorry dear. semoga anda semua hidup bahagia
dan masih bertahan di bumi ni
hopefully ada yang belas, bagi korang makan
amin.


then masa pergi pasar tani rembau
macam biasalah beli makanan untuk masak
dalam pada tengah tengah jalan jalan
tengok tengoklah sekeliling kan
kebanyakan yang pergi pasar ni semuanya makcik pakcik yang dah tua
rasanya anak anak diorang dah besar kot
beranak cucu bagai kot
ada seorang nenek ni
tak boleh tahan tengok dia terkial kial bawak bekas sorong isi ikan dengan sayur
adui! nenek! mana anak awak. tak tolong ke?
kesian sangat. dah lah benda tu berat.
sah sah lah susah nak tarik. pastu nak melintas jalan lagi
ikutkan hati, nak je pergi tolong nenek tu bawakkan troli dia
pastu tolong dia melintas.
tapi plastik barang penuh di tangan, while saya pun tengah membeli.
apakan daya.
hati-hati ye nek. selamat sampai rumah
tu je yang mampu saya buat. hope dia selamat



p/s: hati makin sensitif. tak boleh tengok haiwan or manusia yang tak berdaya.
tengok pengemis pun mudah rasa kasihan. padahal salah dia malas kerja. hemm..