Pages

Thursday, April 21, 2011

Kem Kursus Kepimpinan Pra Universiti (Kem BTN)

Program : Kem Kursus Kepimpinan Pra Universiti (Kem BTN)
Date : 18th - 20th April 2011
Venue : Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah


MONDAY, 18th April
kitorang mula sampai di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah. sampai sampai je, ingatkan boleh terus masuk bilik. rupa-rupanya kena tunggu kat depan dewan gymnasium dulu. entah tunggu apa pun taktahu. lama jugak menunggu. adalah dalam setengah jam. then barulah diorang panggil suruh amik alas cadar dan bantal. 1st kitorang dah takut dah. takut duduk bilik terpisah. tak best! kitorang pun tunggulah giliran nak amik alas tu semua. alhamdulillah. dapat pun sama bilik. and yang sama bilik dengan kitorang ialah Faa, Zyla, Nik, Anis, Hajar, Fara, Aisyah and Faezah. ramai kan? tu yang seronok tu. serius! lepas masuk bilik, ada pulak masalah timbul. tak cukup katil. adui. orang dah lah penat menunggu. penat beratur. baju pun dah naik lenjun dek air hujan dengan peluh. ni pulak tak cukup katil. lepas berbincang itu ini, kitorang yang tak dapat katil ni (saya,hana,ima,nora) sepakat nak tidur bawah. bawak tilam turun and bentang panjang panjang. last-last, faa, zyla dengan nik pun nak tidur bawah. lagi lah best. macam satu keluarga. kitorang pun susun beg and berehat sekejap. berehat sekejap apanya. lama tau. sampai turun lambat untuk masuk dewan. bukan sengaja nak lambat, tapi kitorang menyusun bilik. dah lah tu, dalam jadual program tak cakap pun pukul berapa kena berkumpul. alih-alih sampai dewan je, kena marah depan orang ramai sebab lewat. serius. itulah 1st and the last saya dimarah depan orang ramai. malu. segan. kitorang pun terpaksa buat muka tebal pergi duduk kat barisan paling belakang. malam tu, kitorang dibahagikan kepada 14kumpulan. dan seperti dijangka, saya, hana,ima dan nora terpisah. adui. memang tak suka. tapi inilah pengalaman untuk jumpa kawan baru. and ahli kumpulan saya ialah farhana, ziana, tasha, ameera, maz, hanif, farid, fazwan dan sape ntah lagi sorang, lupa plak. lepas habis program, balik lah bilik. balik tu dalam pukul 12 lebih. pelik kan. mana2 kursus selalunya habis program pukul 10 lebih and pukul 11 kena tidur. ini lambat gila. pukul 1 baru boleh tidur. dah lah kena bangun pukul 3pagi.(actually saya,hana,nora dan ima je yang bangun pagi2 buta, nak rebut bilik air lah katakan). sudahnya, penat menunggu dalam bilik untuk solat subuh kat surau


TUESDAY, 19th April
bermulanya LDK kitorang. kitorang diberi seorang fasilitator dalam setiap kumpulan. dan fasi kumpulan kitorang iaitu kumpulan 11 bernama Encik Natar bin Othman. beliau kelakar dan memahami. seronok jadi anak-anak buah beliau. setiap kumpulan dikehendaki mencipta sebuah ciptaan yang diambil dari bahan terbuang. ciptaan tersebut mesti berat sebanyak 3kg. wah! mana nak cari bahan terbuang sampai 3kg. yang ada hanya tin minuman, kotak minuman and plastik makanan. last2, banyak kumpulan yang merepek2 ambik barang selain barang terbuang. kitorang pun tak terkecuali. ada yang amik kipas,kusyen,batu,kerusi,mentol and banyak lagi lah yang entah mana diorang jumpa. then bila time nak kene bentangkan hasil bahan, kitoranglah 1st kumpulan yang dapat pujian dan menepati syarat dan motif. tahniah lah eh kumpulan 11. kita memang best. hahaha. apa lagi aktiviti kitorang eh? hah. kitorang diberi 2biji buah kelapa. dan kitorang diarahkan untuk mengopek kulit kelapa tanpa menggunakan senjata tajam. wuish! tak pernah terpikir dek akal untuk kopek kelapa. dah lah tak pernah kopek kelapa, ini pulak nak kopek tanpa senjata tajam macam-macam cara kitorang buat. hempas kat lantai, ketuk pakai batu bata. last2 semua kelapa tu budak lelaki yang kopekkan. kreatif jugak diorang. cucuk kulit kelapa tu pakai kayu. bila dah terbelah, baru kopek pakai tangan. kitorang siap awal tau. and kitorang sepatutnya dapa no2. tapi ada lah beberapa kumpulan ni yang potong line, dah kitorang dapat no5. sabar jelah. nak marah pun, bukan reti bahasa. petang tu pulak,aktiviti kitorang lagi menarik. aktiviti yang tak pernah saya main. setiap kumpulan kena berbaris ikut kumpulan masing-masing. bila dapat arahan jurulatih,kitorang kena ikut. antaranya, susun ahli paling rendah dihadapan, lepastu paling rendah dibelakang. semuanya kena buat dengan sangat pantas. ada lagi. kena buat barisan paling pendek. ni yang kelakar ni. setiap ahli kena berpelukan untuk memastikan barisan menjadi sependek mungkin. dapat je arahan macamtu, saya terus beratur belakang sekali. kalau tak, memang kena himpitlah dengan budak lelaki. nak baris pendek punya pasalkan, last2 saya kena dukung. gila malu! time malam je, aktiviti yang lebih bersifat patriotik dan sentimental. setiap kumpulan diberi sampul berisi kepingan kertas yang perlu disambung. tak seorang pun yang dibenarkan bercakap. ketua kumpulan kena pergi setiap kumpulan yang lain untuk selesaikan tugasan. tapi ada dua keping kertas yang disembunyikan. kertas2 2 dipegang oleh satu pihak yang berkeras untuk tak bagi ketua2 kumpulan kepingan kertas tu. macam2 cara diorang buat untuk dapatkan kepingan2 tu. akhirnya barulah kitorang sedar maksud tersirat disebalik permainan tu. kitorang perlu bekerjasam untuk membina negara dan mempertahankan negara. jangan sekali-kali meyerahkan negara pada penjajah walau apa cara sekalipun. sebelum supper, ada satu sesi yang perlu kitorang nyanyi bersama sambil berpelukan dengan kawan2. dalam dewan, dengan lampu yang ditutup,berpelukan dengan kawan, kitorang kena nyanyi lagu Warisan-Sudirman. sumpah sedih,sebak dan terharu. kitorang nyanyi dengan semangat sambil menangis. siapa yang tak nangis, bagi kitorang ialah orang yang takde kesedaran patriotik. orang yang benar2 menjiwa dan membayangkan berada di situasi pejuang dulu, akan menangis.

WEDNESDAY, 20th April
masanya untuk kitorang balik. agak sedih jugak sebab nak tinggalkan tempat ni. tempat yang banyak mengajar kitorang erti perjuangan dan menjadi anak Malaysia yang berjiwa patriotik. lepas subuh, kitorang dibenarkan balik bilik untuk berkemas dan bersedia untuk balik. pukul 7.30, kitorang kena hantar alas cadar dan alas bantal. disebabkan kitorang dah bersiap lama, saya,hana,nora dan ima sepakat nak tidur dalam surau. malas nak naik atas sebab kitorang dah bawak dari awal alas2 tu semua. punyalah lena tidur dalam surau(malam tadi kitorang tidur lambat), bangun2 je dah pukul 7.45. apalagi kitorang terus bangun dan keluar nak pergi hantar cadar dan alas bantal. tengok2 semua orang tengah nak sarapan dan diorang dah hantar pun alas cadar tu semua. kecut perut betul kitorang. kitorang pun pergi hantar. nasib baik tak kena marah lambat hantar. lepas hantar, terus pergi breakfast. lepas breakfast, ada program penutup yang takdelah best sangat. mana taknya,kitorang semua pikir nak balik ke masa tu. apa yang orang2 tu cakap, kitorang dah tak dengar dah. bila makan tengah hari je, mula2 saya dan hana taknak makan. bajet tak ada seleralah sebab tak sabar nak balik. masuk je dewan makan, umangai, bau nasi ayam dia tak boleh blah. kitorang tak jadilah nak diet and makan sekali. lepas makan, kitorang ambik gambar beramai2 sebagai kenangan. then, time to go home. bye2 Kem BTN

kasut dan selipar yang bersepah

beg yang paling besar. macam nak duduk seminggu pulak

pemberian sijil oleh YB

bergambar dengan YB

ada intruder. haha. sibuk je nak menyelit

the girls only

the boys. tapi tak cukup

lunch time. sumpah sedap!

masing-masing air sorang 2. haus punya pasal :)



p/s: seronok jumpa kawan baharu. :)


8 comments:

  1. hehe. memang best. ala-ala plkn je rasanya.
    tapi light sikit lah :)

    ReplyDelete
  2. letih sangat sampai skip school :D

    ReplyDelete
  3. haha. ko cakap pasal siapa sebenarnya tu agaknya hah ;)

    ReplyDelete
  4. entah la kan..
    aku datang je school semalam :p

    ReplyDelete
  5. haha. nampak sangat ko nak cakap pasal aku.
    =p

    ReplyDelete
  6. durhh kenape kau cepat tangkap ha :D

    ReplyDelete