Pages

Saturday, April 2, 2011

Sensitif. Susah jugak.


Yuni. Adik. Bangun bangun
nak sarapan Chembong ni.
cepat sikit.

itulah dia
setiap minggu macam tu
tak Chembong, Tobing
tak Tobing, Chembong
tak kesahlah tu
janji dapat breakfast

okey dah.
tak payahlah bebel lagi
saje nak cakap something
masa tengah breakfast kat situ tadi
ternampak stray cats. banyak!
argh! tak sampai hati nak tengok
dengan muka comel buat muka kasihan harap orang bagi makan
uwaahh! janganlah buat muka macamtu. please
or you'll make me cry
sedih betul tengok kucing kucing ni tak berjaga
badan kurus cengkung
bulu berserabut dengan kerasnya
kudis sana sini
belum campur kurap lagi tu
rasa macam nak bawak balik je
mandikan. belai belai. and kasi makan Frieskies
tapi tak mampu. kat rumah je dah macam nursery kucing
ni nak tambah lagi pulak.
sorry dear. semoga anda semua hidup bahagia
dan masih bertahan di bumi ni
hopefully ada yang belas, bagi korang makan
amin.


then masa pergi pasar tani rembau
macam biasalah beli makanan untuk masak
dalam pada tengah tengah jalan jalan
tengok tengoklah sekeliling kan
kebanyakan yang pergi pasar ni semuanya makcik pakcik yang dah tua
rasanya anak anak diorang dah besar kot
beranak cucu bagai kot
ada seorang nenek ni
tak boleh tahan tengok dia terkial kial bawak bekas sorong isi ikan dengan sayur
adui! nenek! mana anak awak. tak tolong ke?
kesian sangat. dah lah benda tu berat.
sah sah lah susah nak tarik. pastu nak melintas jalan lagi
ikutkan hati, nak je pergi tolong nenek tu bawakkan troli dia
pastu tolong dia melintas.
tapi plastik barang penuh di tangan, while saya pun tengah membeli.
apakan daya.
hati-hati ye nek. selamat sampai rumah
tu je yang mampu saya buat. hope dia selamat



p/s: hati makin sensitif. tak boleh tengok haiwan or manusia yang tak berdaya.
tengok pengemis pun mudah rasa kasihan. padahal salah dia malas kerja. hemm..




No comments:

Post a Comment