Pages

Sunday, May 29, 2011

Are You a Good Listener?


Macam mana nak tahu sama ada anda adalah pendengar yang baik atau tidak?
So ada faktor2 yang boleh dipraktikkan dan perlu dihindarkan
untuk untuk menjadi pendengar yang baik
Tapi ni mengikut pendapat saya sendiri lah
As usual, lain orang, lain pandangannya  :)


1. mata anda tepat memandang mata orang yang berbicara
kalau kawan kita tengah mengadu masalah atau bercerita tentang apa2 sahaja, dia pasti mahukan perhatian yang penuh daripada anda. sebagai seorang pendengar yang baik, anda akan memandang tepat ke mata kawan anda. anda akan merenung dengan penuh khusyuk tanpa memandang ke tempat lain

2. tidak membuat kerja lain
ketika kawan anda tengah bercakap, anda tak seharusnya membuat kerja lain. dengarlah baik2 apa yang dia katakan. cuba fahami apa yang dia cakap. kadang2, cuba anda mengangguk pada mana2 bahagian yang perlu. untuk menunjukkan anda sedang mendengar kata2 kawan anda. janganlah masa diorang luahkan perasaan, masa tulah anda nak gunting kertas lah, panggil kawan anda yang lain kejap lah. itu menunjukkan anda tak peka tentang perhatian yang perlu diberi saat itu

3. cuba untuk tidak mencelah
mana2 orang pun, akan cukup pantang kalau dicelah ketika sedang bercakap. apatah lagi orang yang tengah meluahkan perasaan sedih atau apa2 sahaja. seorang pendengar yang baik, dia tak akan menyampuk ketika sesorang sedang berbicara. anda seharusnya membiarkan dahulu kawan anda menceritakan dan meluahkan perasaannya. kalau nak bagi pandangan atau nasihat, tunggu dulu. bila dia dah diam, baru anda berbicara

4. beri respon yang sepatutnya
sometimes, orang yang sedang meluahkan masalah mereka, akan memerlukan lebih banyak perhatian daripada anda. so, cubalah berikan perhatian yang sepenuhnya pada mereka. untuk menunjukkan yang anda betul2 sedang mendengar, anda perlulah memberi respon yang sepatutnya.  kalau dia cakap benda yang betul, anggukkan kenyataannya atau pun cakap "a'ah. betul tu". kalau dia sedang mengadu, tiba2 dia menangis, ambillah tangannya atau sentuh bahunya dan usap dengan lembut. itu dapat menunjukkan yang anda adalah seorang pendengar yang baik




2 comments:

  1. ...
    sy tau awk seorg pndengar yg baik...

    ReplyDelete