Pages

Friday, May 27, 2011

Tanda Lelaki Sukakan Anda



1. perangai dia berubah bila dia bersama dengan anda
lelaki ni memang sejak azali kasar. dengan kawan lelaki, tak sah kalau nak main lepuk2, tepuk bertampar,sepak terajang. cakap pun suara macam kawan dia satu batu jauh eh. tapi bila ada je girl yang dia suka, done2 tu la dia nak jadi baik. suara mendatar je. cakap lemah lembut gila

2. dia tengah marah gila. tapi bila anda pujuk, terus cool down
kalau lelaki tengah marah, dia memang tak suka kalau kawan lelaki dia yang tenangkan. dia rasa maruah dia tercabar. dia takkan calm down. kalau kawan perempuan dia yang tenangkan, confirm kawan perempuan dia tu kena maki balik. tapi cuba kalau girl yang dia suka pujuk dia, diam habis. 

3. bila lelaki luangkan masa dengan anda
kalau anda perasan, lelaki kalau dah jumpa kawan lelaki dia, memang tak ingat dunia. berborak macam kelas tu diorang yang punya. tak ingat dah pasal benda lain. tapi kalau lelaki tu ada gurl yang dia suka, dia cuba sehabis daya dia untuk cari masa untuk berborak dengan gurl tu. kalau boleh dia nak habiskan masa dia dengan gurl yang dia suka tu je

4. bila lelaki tu perasaan benda remeh temeh pasal anda
lelaki memang tak suka benda yang remeh temeh ni. leceh la konon. tapi kalau bab gurl yang dia suka, semua benda dia perhati. dia teliti. dia kaji. kalau dia call, dia lebih banyak diam,dia bagi anda je yang bercakap. sebab dia suka cara anda gelak. bila anda buat presentation,dia tenung je. dia perasan yang tangan anda suka pintal2 tudung. bila anda berborak dengan kawan2, dia akan jeling anda. and tengok macam mana anda bercakap

5. bila dia menjaga kehormatan anda
hah yang ni special sikit. kalau kawan2 perempuan, lelaki memang lebih bebas dalam bab pergaulan. dia tak kesah kalau nak tarik tudung dia ke, nak jentik jari dia ke,nak lempang pipi dia ke. tak pun dia cubit kawan perempuan dia ke. tapi kalau dengan gurl yang dia suka, dia akan jadi baik. tak berani nak sentuh. tak berani nak menyakiti.



p/s: sumber dari blog yang best! ;)



4 comments: