Pages

Sunday, January 29, 2012

Batu Pahat :)

Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, rasa macam malas sangat sangat nak bukak blog. apatah lagi nak buat post baharu. bukan tak ada benda nak cerita. banayk je. tapi kemalasan yang melampau buat saya jadi malas sangat nak menaip. Tapi ada cerita yang nak sangat saya share.


Saya pernah cerita kan pasal kenangan saya masa balik kampung kat Batu Pahat. And surprise! Kitorang sekeluarga pergi Batu Pahat 23hb dan 24hb haritu. Sumpah seronok gila. Tak terkata. Rasa macam semangat gila nak bercerita. whee...

Kitorang bertolak dari rumah awal pagi, dalam pukul 8 macam tu. Sebab ayah nak sampai hotel dalam tengah hari. Malam sebelum pergi, kitorang semangat sangat mengemas baju, seterika, toiletries bagai, banyak lagi lah. Esok tu dalam pukul 8 lebih, mula lah gerak.


Abang and kakak semangat gila ajak makan coconut shake. Saya tak pernah rasa pun minuman tu, tapi dah buat andaian rasa dia ntah apa apa. Bila sampai je, terkejut gila bila tengok orang ramai gila datang makan and minum padahal baru pukul 11 lebih. Demi taknak membazir kalau coconut shake tu tak sedap, saya dengan kakak kongsi je, mak dengan adik pun kongsi. Tapi lepas rasa je, boleh tahan sedap jugak k. Dia campurkan kelapa yang dah blend, dengan ais, dengan air, dengan gula, lepastu letak ice cream vanilla atas dia. Sedap. Not bad lah.


Pantai Klebang Coconut Shake


Sepanjang perjalanan agak2 dah sampai Muar, rasa sedih je dengar kakak, mak, ayah, adik bising2 cakap diorang ingat tempat tu, ingat tempat ni. Saya pulak tak ingat langsung. Mungkin sebab masa dulu2 sepanjang perjalanan, saya tidur kot. Sedey~ Tapi bila dah lama2 perjalanan kat Muar, barulah kenangan lama datang balik. Excited gila tengok tempat2 yang menjadi tanda kitorang dah sampai kat sini, sampai kat sana, masa balik Batu Pahat 10tahun lepas.  


Thanks to kakak for the pictures. Kakak yang banyak tangkap gambar sepanjang perjalanan. Banyak jugak gambar2 tempat yang kitorang masih ingat.





Pusat bandar Muar lah ni kot


Dalam pukul 2 lebih, kitorang sampai kat hotel kitorang. Rehat2, solat dan lepak2 kejap, then ayah ajak keluar nak rayau sekitar Batu Pahat. I mean tempat2 yang kitorang pernah pergi lah. Tapi sebelum tu, ayah dah semangat gila nak cari kedai makan asam pedas. So mak carikkan balik kedai asam pedas yang mak dengan Tok Wan pernah pergi dulu. And tell you what, nilah first time saya rasa asam pedas tu sedap gila. Tak tipu. Walaupun masa sampai kedai tu pukul 4, kedai tu masih on lagi. Nak menunjukkan betapa hot lah kedai tu. hahahaha


Hotel tempat tidur. Tak payah nak mahal sangat, tempat tidur je, bukan tempat bercuti



Asam pedas lauk ikan pari



Asam pedas kalau makan dengan telur dadar letak kicap, pergh! * tak makan ikan pari


Lepas makan, kitorang pergi Tasik Y. Tempat yang kitorang selalu pergi 10 tahun lalu. Masa tu kecik lagi okay, standard lah pergi taman permainan. Ingat lagi Arwah atuk yang bawak kitorang pergi sana. What a memory~ Tapi Tasik Y dah ada banyak perubahan. Biasalah, dah 10 tahun. Dah ada kedai dah depan Tasik Y. Tempat main pun dah bertambah. Makin besar. Tapi dinosaur yang kitorang suka sangat tu masih ada. Nasib baik dia tak runtuhkan. Tapi kitorang rayau situ tak lama, sebab hujan renyai. Esoknya baru kitorang main and lepak situ

Esoknya tu, dalam pukul 8, kitorang turun breakfast kat kotel and keluar untuk pergi melawat kubur arwah atuk. Masa ni kitorang pakai baju kurung. Masa naik kereta, hati rasa dup dap dup dap je menanti waktu nak sampai Taman Bakti aka kampung saya yang dah lama tidak dikunjungi. Sepanjang perjalanan, seronok and excited bila tengok tempat2 yang kitorang selalu nampak bila nak balik kampung. Rasa macam nak nangis pun ada sebab tak percaya dapat balik semula ke Batu Pahat.


Kilang dekat2 dengan Taman Bakti. Sebagai penanda dah nak sampai kampung



Simpang nak masuk Taman Bakti


Bila sampai je Taman Bakti, destinasi kitorang ialah melawat kubur arwah atuk. Kitorang kemaskan kubur atuk. Buang lalang rumput and apa yang patut. Masa ni hati dah mula sebak gila, tapi still tahan je. And bila start nak baca Yaasin, korang faham2 lah sendiri ye. Malas nak cerita. Lepas selesai, kitorang terus singgah kampung yang tercinta. Ecey~ Banyak sangat perubahan. Dah ada higway kecik, pokok2 semak2 semua dah tebang. 


Kiri tu kampung saya



Laluan sebelah surau, surau depan rumah Tok Wan. Dulu semak je situ, ada pokok semak semua


Lepas beberapa jam kat kampung, kitorang balik ke hotel untuk check out. Then, kitorang pergi Batu Pahat Mall. Serius rasa macam pergi Mid Valley. hahaha. Banyak gila barang berjenama ada dijual di sini. Rasa macam buang masa je sebab pergi shopping kat The Summit hari semalamnya. Tapi tak apalah, sebab The Summit tu lah tempat yang kitorang pernah pergi dulu2 so memang niat datang BP ni sebab nak tengok balik tempat2 lama. Mungkin sebab dah penat atau emosi terganggu dek kerana pagi tadi, kitorang tak shopping pun. Ayah je yang beli baju dengan seluar.



See the difference  ;)




Lepas dah penat merayau dalam BP Mall, kitorang pergi balik Tasik Y dengan tempat adanya tugu batu dan pahat. Macam biasa, tangkap2 gambar lah kan. Macam2 gaya. Seronok lah katakan :)


Tugu Batu Pahat



Dinasor yang kitorang suka sangat nak panjat dengan cousins masa kecik2


Agak2 dah nak tengah hari, kitorang nak mengisi perut dengan makan asam pedas kat restoran semalam. Kelakar je bila waiter lelaki muda tu cakap yang dia kenal kitorang sebab ada datang semalam. Bagus budak ni. Kuat ingatan dia. Lepas makan, kitorang pun memulakan perjalanan untuk balik. Semoga dipanjangkan umur untuk datang balik ke Batu Pahat



p/s: al -Fatihah untuk Allahyarham atuk :')



Sunday, January 1, 2012

Kali Pertama Bekerja



Ok memang saya dah lama gila tak update blog. Bukan sebab exam or what. Tapi sebab tak tahu nak tulis apa. Serius. Macam dah kering idea dah otak sekarang ni. Satu apa pun tak tahu nak share apa. Hem. Maybe nak share pasal pengalaman bekerja kot.


Hari pertama saya bekerja hari Selasa lepas 27hb Dis. Actually, tak adalah dah start kerja betul-betul. Cuma kena datang training lah dulu. Yelah, nak jugak kena biasakan diri dengan suasana kat situ kan. Nanti hari pertama masuk kerja, tak boleh masuk pulak. Ouh lah. Lupa pulak nak cakap apa saya kerja kan. Ok jangan nak terperanjat sangat sebab saya kerja jadi cikgu kafa kat tadika. Fine. Nama lainnya, jadi ustazah lah. Ok, memang ada mulut kawan saya yang masin sangat dok panggil saya ustazah, ustazah. Memang akhirnya jadi jugak saya ustazah. Tapi rasa macam tak layak je nak pegang tittle tu. Serius. Macam berat sangat.


Masa saya baru masuk tadika tu, rasa janggal gila la. Akak-akak kat situ bukan tak peramah. Cuma macam tak banyak borak dengan kitorang. Mungkin sebab malu kitorang orang baru, atau diorang tak tahu nak cakap apa dengan kitorang. Agaknya lah. Fine lah, tak sangat kat situ. Dah kita datang tempat orang, bawak dirilah kan. Tak payah nak banyak cerita sangat. 


Pagi-pagi tu memang tak ada benda pun yang kitorang boleh buat. Ouh lupa. Ada lagi 2 orang cikgu baru yang mendaftar. So total cikgu baru 3 orang lah. Sorang 22tahun, sorang lagi 20tahun. Kitorang macam tak betul je duduk sambil tengok akak-akak yang lain buat mural. Tapi nasib baik ada akak ni suruh kitorang buat mural untuk sudut kafa. Phew. Ada jugak benda nak buat. Kalau tak, boleh mati kebosanan. Gila lah kan. So, dalam 2hari tu, kitorang buat mural jelah. Tapi yang sedih sangatnya, entah macam mana cat pelaka tu terkena kat baju kurung yang saya pakai. Allah! Serius macam nak jerit je sebab baju kurung tu kira baju kesukaan jugak lah. 


Hari Khamis pulak, kitorang dan beberapa akak-akak senior pergi Taman Kobena sebab ada meeting kat tadika cawangan kat situ. Serius lega sebab at least ada jugak benda yang kitorang boleh buat. Bukan apa, mural yang kitorang nak buat tu dah selesai. So, memang dah tak ada kerja lain lah nak buat. Hari Jumaat pulak, kitorang kena buat hiasan dinding. Contohnya, kitorang kena buat nama-nama hari, ABC guna kertas-kertas warna. Ala, pernah pergi tadika kan. Hah macam tulah. Yang warna-warni tu. Seronok jugak buat benda tu. Yelah, dah lama tak main kertas warna,lukis-lukis,gunting-gunting semua. Terasa macam budak sekolah rendah jugaklah sekejap. Wuahahaha. Ok enough. 


Tapi kenangan yang tak dapat dilupakan lah kan, saya pertama kali dukung baby umur 4bulan. Ya Allah, kecik dia tak payah cakap lah kan. Kecik yang amat. Fragile gila. Macam gula-gula kapas lembut eh. Ni first time lah saya dukung baby sekecil tu. Tak tipu punya. Untung saya tau sebab baby ni jenis tak suka baring, asyik nak berdukung je. So, kawan saya yang sorang ni taknak dukung, yang sorang ni pulak dah penat *sebab dah petang*, so nak tak nak, saya lah yang kena dukung. Bestnya tak terkata. Terasa macam anak sendiri. Ngeh ngeh ngeh. Tapi feel dia lain tau. Sebab kita bukan setakat dukung baby tu, tapi kita macam berborak dengan dia tau. Belai belakang badan dia,cium rambut dia,jalan-jalan dengan dia. Tiba-tiba rasa damai. Harap sangat lepas ni boleh jumpa baby tu lagi. Mmuah!


p/s: saya bersemangat untuk mula mengajar :)


My Girlfriends

video



p/s: I'm gonna miss you all, so much :')