Pages

Sunday, January 1, 2012

Kali Pertama Bekerja



Ok memang saya dah lama gila tak update blog. Bukan sebab exam or what. Tapi sebab tak tahu nak tulis apa. Serius. Macam dah kering idea dah otak sekarang ni. Satu apa pun tak tahu nak share apa. Hem. Maybe nak share pasal pengalaman bekerja kot.


Hari pertama saya bekerja hari Selasa lepas 27hb Dis. Actually, tak adalah dah start kerja betul-betul. Cuma kena datang training lah dulu. Yelah, nak jugak kena biasakan diri dengan suasana kat situ kan. Nanti hari pertama masuk kerja, tak boleh masuk pulak. Ouh lah. Lupa pulak nak cakap apa saya kerja kan. Ok jangan nak terperanjat sangat sebab saya kerja jadi cikgu kafa kat tadika. Fine. Nama lainnya, jadi ustazah lah. Ok, memang ada mulut kawan saya yang masin sangat dok panggil saya ustazah, ustazah. Memang akhirnya jadi jugak saya ustazah. Tapi rasa macam tak layak je nak pegang tittle tu. Serius. Macam berat sangat.


Masa saya baru masuk tadika tu, rasa janggal gila la. Akak-akak kat situ bukan tak peramah. Cuma macam tak banyak borak dengan kitorang. Mungkin sebab malu kitorang orang baru, atau diorang tak tahu nak cakap apa dengan kitorang. Agaknya lah. Fine lah, tak sangat kat situ. Dah kita datang tempat orang, bawak dirilah kan. Tak payah nak banyak cerita sangat. 


Pagi-pagi tu memang tak ada benda pun yang kitorang boleh buat. Ouh lupa. Ada lagi 2 orang cikgu baru yang mendaftar. So total cikgu baru 3 orang lah. Sorang 22tahun, sorang lagi 20tahun. Kitorang macam tak betul je duduk sambil tengok akak-akak yang lain buat mural. Tapi nasib baik ada akak ni suruh kitorang buat mural untuk sudut kafa. Phew. Ada jugak benda nak buat. Kalau tak, boleh mati kebosanan. Gila lah kan. So, dalam 2hari tu, kitorang buat mural jelah. Tapi yang sedih sangatnya, entah macam mana cat pelaka tu terkena kat baju kurung yang saya pakai. Allah! Serius macam nak jerit je sebab baju kurung tu kira baju kesukaan jugak lah. 


Hari Khamis pulak, kitorang dan beberapa akak-akak senior pergi Taman Kobena sebab ada meeting kat tadika cawangan kat situ. Serius lega sebab at least ada jugak benda yang kitorang boleh buat. Bukan apa, mural yang kitorang nak buat tu dah selesai. So, memang dah tak ada kerja lain lah nak buat. Hari Jumaat pulak, kitorang kena buat hiasan dinding. Contohnya, kitorang kena buat nama-nama hari, ABC guna kertas-kertas warna. Ala, pernah pergi tadika kan. Hah macam tulah. Yang warna-warni tu. Seronok jugak buat benda tu. Yelah, dah lama tak main kertas warna,lukis-lukis,gunting-gunting semua. Terasa macam budak sekolah rendah jugaklah sekejap. Wuahahaha. Ok enough. 


Tapi kenangan yang tak dapat dilupakan lah kan, saya pertama kali dukung baby umur 4bulan. Ya Allah, kecik dia tak payah cakap lah kan. Kecik yang amat. Fragile gila. Macam gula-gula kapas lembut eh. Ni first time lah saya dukung baby sekecil tu. Tak tipu punya. Untung saya tau sebab baby ni jenis tak suka baring, asyik nak berdukung je. So, kawan saya yang sorang ni taknak dukung, yang sorang ni pulak dah penat *sebab dah petang*, so nak tak nak, saya lah yang kena dukung. Bestnya tak terkata. Terasa macam anak sendiri. Ngeh ngeh ngeh. Tapi feel dia lain tau. Sebab kita bukan setakat dukung baby tu, tapi kita macam berborak dengan dia tau. Belai belakang badan dia,cium rambut dia,jalan-jalan dengan dia. Tiba-tiba rasa damai. Harap sangat lepas ni boleh jumpa baby tu lagi. Mmuah!


p/s: saya bersemangat untuk mula mengajar :)


1 comment: