Pages

Saturday, February 4, 2012

Sabarlah Hati

Walau baik mana pun kita buat kat orang
Walau lembut mana pun kita bercakap dengan orang
Kalau dia tak nampak semua tu
Kalau dia tak sedar semua tu
Kita tetap takkan dapat layanan yang sama dari mereka
Sesetengah orang cakap 
Buat baik dibalas baik
Well setakat ni saya tak nampak pun semua tu
Bukan taknak percaya
Tapi saya betul betul tak pernah nampak semua tu

Ada orang yang tak reti menghargai
Tak reti menghargai orang yang berbuat baik untuk mereka
Tak nampak kebaikan yang orang buat kat dia
Yang dia nampak hanya keburukan orang je
Dan nampak kelebihan orang lain
Tak pernah berterima kasih dengan apa yang orang dah buat kat dia

Bila lama kita hidup
Makin macam macam perangai orang yang kita akan jumpa
Dan tak jadi suatu benda yang pelik pun pasal benda benda ni
Tak boleh lah nak melalak sangat menjerit kenapa diri kita jadi mangsa orang macam ni
Tak boleh nak menatap menangis bila orang buat macam tu kat kita
Sebab apa apa pun kita hanya mampu berdoa kat Allah
Moga kita takkan menempuh orang orang seperti itu
Berdoa agar mereka berubah
Doa orang yang teraniaya sangat makbul
So pegang pada kenyataan tu
Semuanya kena bersabar dan bersabar
Dan berdoa kepada Allah


p/s: masih tahu bersabar


No comments:

Post a Comment