Pages

Friday, October 12, 2012

Assalamualaikum :)

Ya Allah lama gila dah tak update blog. Bukan takde masa, tapi tak tau nak post apa. Bila dah masuk U ni, baru lah terasa macam ada benda nak cakap.

Alhamdulillah dapat jugak masuk U akhirnya. Orang cakap life kat U best, Well setakat ni, bagi saya biasa je. Mungkin belum sampai masa nak rasa yang best best tu kot. Ni yang nak cerita sikit pasal masa nak daftar haritu.

Student UUM kena mendaftar pada 3hb Sept. Disebabkan jauh, so kitorang terpaksalah gerak ke Kedah 2hb. Barang semua memang dah siap packing dah. Dokumen pun dah siap masuk dalam satu fail. Tinggal nak gerak je. Tapi yang sedihnya, yang teman saya pergi mendaftar nanti hanya mak dengan ayah je. Kakak dengan adik tak dapat ikut. Abang dengan kakSarah pun. Kecewa tu tu tak payah cakap la. Puas pujuk adik dengan kakak, suruh skip kelas diorang, tapi memang tak dapat lah kan. Takpelah. Nak buat macam mana kan. Pagi 2hb tu, kitorang kena gerak awal. Pukul 8 lebih macamtu dah gerak. Pagi tu memang tak berselera langsung nak sarapan. Duduk kat meja makan pun, cuba menahan perasaan,tahan mata daripada menangis. Lepas makan, saya terus siap2. Pakai baju, pakai tudung. Then ambik semua barang,masuk dalam kereta. Sengaja saya buat kerja sorang2, taknak bagi diorang tolong. Lepas mak ayah pun dah siap2, so tibalah masa kitorang nak bersiap untuk bergerak. Adik dari jauh dah mula menangis. Mak peluk adik. Mak cakap "Adik janganlah nangis. Nanti mak pun nangis". Adik masa tu memang dah menangis habis. Saya pun langsung tak boleh nak kawal perasaan bila tengok adik dengan mak nangis. Masa adik peluk ayah pulak, kakak tarik tangan saya. Kakak terus peluk. Kakak pun menangis. Kakak cakap jangan lupa message selalu. Saya nangis lagi. Lepas tu, saya pergi kat adik. Terus saya peluk adik. Kitorang tak cakap apa apa pun. Satu nasihat apa pun kitorang tak bagi. Kitorng cuma nangis dan nangis. Lepas je tu, terus saya keluar pakai kasut dan tak toleh lagi dah. Bermulalah perjalananku yang jauh dan menyedihkan. 

Sepanajang perjalanan, saya tak banyak cakap. Entahlah. Kitorang semua melayan perasaan. Mak dengan ayah je yang kadang2 berborak sesama sendiri. Kadang2 mak tarik perhatian saya. Mak tunjuk macam2 kat luar kereta. Tapi saya masih tak dapat menghiburkan perasaan saya sendiri. Dalam pukul 3 lebih, kitorang pun sampai di hotel di kawasan Jitra, hampir2 dengan UUM. Lepas check in, kitorang berehat menghilangkan penat.  Terasa lain bila tidur di hotel tapi takde adik dengan kakak. Hanya mak ayah je. Malam tu, kitorang pergi makan di luar. Masa makan, hati mula rasa tersentuh. Mudah sangat hati ni rasa nak nangis. Jadi, menangislah saya tengah2 makan tu. Mak perasan. Tapi mak diam je. Mak tahu, kalau saya dipujuk, memang tangisan tu akan jadi lagi kuat. Lepas makan, mak cuba nak belanja makan kfc. Yelah, lepas ni memang dah tak dapat dah makan semua tu. Tapi masa tu, memang takde selera nak makan kfc. Mak pujuk banyak kali. Tapi saya tetap taknak. Tak ada selera langsung malam tu.

Esok paginya, 3hb, kitorang perlu bergerak ke UUM untuk mendaftar. Masa mendaftar, mak ayah kena duduk tempat lain sebab students kena mendaftar. Dalam pukul 11 macamtu, sesi mendaftar selesai. Kitorang pun ambil semua barang untuk pergi ke bilik. Sumpah tak sampai hati bila tengok ayah kena bawak beg roda yang kotak saiz besar tu dari kereta, lalu beberapa kawasan dan kena bawak naik sampai tingkat 5. Mak pun kena bawak beberapa beg kecil untuk naik ke tingkat 5. Tapi mereka gagahkan juga. Saya memang sangat tersentuh masa tu. Lepas dah angkut semua barang, kitorang berehat sekejap dalam bilik, selesa jugak mereka nak berehat sebab roomate tak ada masa tu. Mak suruh kemas2 apa yang patut. Bersihkan katil, sawang dan sapu lantai. Dah dekat nak pukul 12.30, mak ayah perlu beredar atas nasihat ajk di sini. Macam biasa, kitorang berpelukan dan bertangisan. Mak dengan ayah tak lupa memberi nasihat yang bagi saya, sangat berat dan bermakna masa tu. Mak dan ayah pun melangkah pergi. Tinggallah saya dengan roomate yang baru datang.

Itulah kisahnya sewaktu hari sebelum dan semasa nak mendaftar yang memang sampai sekarang tak dapat nak dilupakan. Lepas ni insyaAllah nak cerita pasal minggu orientasi yang bermacam2 perasan yang dirasai ketika melalui minggu itu :)


p/s: nak upload gambar, tapi usb tak bawak. Nice! 


No comments:

Post a Comment