Pages

Tuesday, October 16, 2012

Rindu :')

Taktahu nak post pasal apa, hanya nak bagitahu, saya rindukan kawan-kawan saya. Dan post ini, khas untuk mereka yang sangat saya sayang.


IQLIMA
Aku lupa macam mana aku kawan dengan kau. Tapi seingat aku, kita mula rapat masa lower 6. Jujur aku cakap, sebelum aku kenal kau, aku ingat kau sombong. Aku takut nak tegur kau. Tapi kau tak seperti apa yang aku sangkakan. Kau ramah, kelakar, senang dibawa borak, pendengar yang baik, kau memahami dan suka sangat gelak. Kau layan aku baik sangat. Kau selalu teman aku kalau Hana tak datang. Kau layan je apa yang aku mengarut. Kalau waktu belajar, kalau aku bosan, kalau aku aja borak, kau ikut je. Kau tak marah pun aku. Aku rindu cara kau ketawa. Aku rindu bila kau cakap "tu la deh". Aku rindu kau sakat aku. Aku rindu bila kau panggil aku Cikyun. Kau lah orang pertama yang bagi gelaran tu. Thanks for that. Sampai bila-bila, hanya kau sorang je yang aku benarkan panggil aku dengan nama tu. Aku takkan lupa semua tu ima. Bila kita-kita je yang datang, kita duduk borak cakap benda yang orang lain tak cakapkan. Kita gelak sampai tak ingat dunia. Sampai tak sedar kita ni perempuan. Apa yang kita borakkan. Aku takkan lupa tu. Aku masih ingat semua nasihat yang kau bagi. Kata-kata semangat bila aku down. Kau yang selalu bagi aku kata-kata tu. Terima kasih Iqlima. Aku sayang kau.


NORA
Si budak tangan laju ni. Kau memang orang yang suka sangat sangat menyakat aku. Sehari kalau tak sakat aku, memang tak aman hidup kau kat sekolah. Tapi itulah yang menjadi sebahagian daripada kebahagiaan aku kat sekolah. Kau suka sangat panggil aku budak kecik. Padahal Hana pun lebih kurang je macam aku. Kau suka cuit pinggang aku sampai tergeliat aku kau buat. Kau memang pandai buat aku ketawa. Kadang-kadang buat aku menjerit sebab perangai kau yang suka menyakat tu. Kalau aku ceritakan masalah aku, kau mesti tenung mata aku dan dengar je apa aku cakap. Aku terharu sangat. Dan perkara paling aku takkan lupakan, masa aku menangis sebab tertekan, aku berlari keluar kelas, kau lah yang kejar aku then pujuk aku. Aku tersentuh sangat kau layan aku macamtu. Kau bagi aku tisu. Kau tenangkan aku. Aku takkan lupa sampai bila-bila. Selama aku berkawan, kau sorang lah yang paling berani mengusik aku. Tapi aku suka. Aku suka kau buat aku macamtu. Aku rindu tu semua. Terima kasih nora. Aku sayang kau.

HANA
Hana. I taktahu macam mana kita boleh jadi rapat. Tapi kita macam ada chemistry. I senang berkawan dengan U. U tahu masalah I. U tahu siapa cinta pertama I. U tahu apa perasaan I. U banyak kongsi masalah U,cerita sedih U. I banyak luahkan perasaan I pada U. U dengar je. Then U bagi pendapat U. Pendapat yang bagi I, sangat berguna dan membantu masa tu. Kita pernah menangis bersama-sama bila U nyanyi lagi jiwang tu. U buat I macam adik-beradik U sendiri. U nak marah I,U nak cubit I, U nak tengking I, U buat je. Tapi I sikit pun tak marah. Malah I selesa. Sebab kita macam tak ada batas. Kita macam adik-beradik. U selalu ada, waktu I memerlukan sesorang untuk dengar masalah I. Bila I tertekan dengan exam, U relax je. U suruh I baca buku perlahan-lahan. U sentiasa tenang hadapi masalah, buat I pun sama tenang. U paham perasaan I. I takkan jumpa orang macam U. U buat I ketawa. U buat I senyum. U buat I menangis. I rindu senyum U. I rindu ketawa U. I rindu masa-masa kita bersama. U bagi I kebahagiaan yang tak ternilai. Terima kasih Hana. I sayang U.

Mungkin kita dah jarang-jarang bertukar cerita, tak bersua muka, tapi itu tak bermaksud aku lupakan korang semua. Di sini aku sentiasa teringatkan korang. Setiap kali aku duduk dan bersama dengan kawan-kawan aku kat sini, setiap kali tu aku teringat masa-masa kita bersama. Masa kita bersama pergi rombongan  pidato, pergi kem BTN, pergi kem kebudayaan, pergi main futsal, pergi karaoke, pergi berbuka puasa bersama, semua masa tu akan aku ingat sampai bila-bila. Semua gambar kita bersama, masih kukuh dalam simpanan aku. Walaupun aku dah jumpa ramai kawan baru kat sini, tak ada seorang pun yang sama tempatnya dengan korang dalam hati aku. InsyaAllah. Aku sentiasa berdoa agar hubungan kita dipanjangkan Allah hingga ke akhir hayat aku. Aku sayang korang. Dan aku akan sayang sampai akhir nafas aku.











p/s: hanya Allah yang tahu, betapa kerinduanku terlalu tinggi buatmu



2 comments:

  1. =) tabah okay? haha.. i miss you too =)-kakfinas =p

    ReplyDelete
  2. Yuni masih mencuba. Thanks a lot kak. I miss you :)

    ReplyDelete