Pages

Tuesday, August 11, 2015

To Show You I Love You

Assalamualaikum.
Okaylah aku admit, aku bukan rajin sangat nak menulis nak menaip ni semua. Menaip bersungguh pun bila kena buat assignment je. Itu kes terpaksa. Tapi kalau menaip kat sini, takde lain dah, mesti nak cakap benda yang betul-betul terasa nak cakap and nak luahkan.

I'm 23. Single and available I guess. Kalau ditengok kat Twitter, kat Facebook ke atau Instgram, semua orang leka cakap pasal 'relationship goals', 'lelaki idaman', nak kahwin macamtu macamni, semua lah pasal cinta dan perkahwinan ni. Lepastu, kawan2 sebaya pun dah ramai yang kahwin. Yang dah beranak pun ada dah. Junior pun tak kalah, ramai yang lebih maju daripada aku. Okay itu bukan masalah pun bagi aku. Bukan nak cakap besar, tapi setakat ni, belum bagi kesan apa-apa pun kat aku.

Actually, bukan nak cerita pasal kahwin dan love thingy ni semua, cuma nak cakap satu perkara pasal aku. There's one thing about me, only close people to me will know it -- aku tak pandai tunjuk kasih sayang. Aku memang, langsung, sikit pun tak reti nak berkasih sayang atau nak tunjuk yang aku 'care', ambil berat, apatah lagi nak tunjukkan yang aku sayang. Bukan tak sayang, bukan tak ambil berat, cuma, cara dia, bukan dengan cara yang biasa orang buat. Kalau orang susah hati, biasanya orang datang dekat, 'pet' kat belakang orang tu, tanya masalah dia. Aku tak. Kalau orang menangis, orang datang dekat dia, peluk dia, tanya dia kenapa dan sekian sekian. Tapi aku tak. Kalau kawan-kawan cakap, diorang sayang and rindu, sepatutnya dia akan balas sayang dan rindu jugak. Aku tak.
Banyak lagi. Serius banyak lagi, yang aku sangat tak reti nak tunjuk.

Bukan aku sengaja. Tapi aku tak biasa. Aku tak biasa nak berlembut, nak berkasih sayang, nak peluk, belai, bertanya hal itu ini. Hati keras? Bukan! Aku ada je nangis untuk benda-benda aku rasa sedih, tersentuh, cerita sedih atau kucing mati. Tapi, untuk satu bab ni, pasal nak tunjuk kita sayang dan kesah pasal seseorang, aku memang fail. Langsung tak boleh melembutkan hati orang, menenteramkan hati orang. Mungkin lah, mungkin itu sebab orang tak lekat dengan aku. Kawan-kawan cakap aku kasar, orang luar cakap aku muka aku tegang, sombong lah apa lah.Aku taktau, sama ada perangai aku macamni buat orang tak lekat dengan aku, atau diorang tak tahu, macam mana sebenarnya cara aku tunjukkan kasih sayang dan rasa ambil berat.

Aku taktahu, perangai ni elok ke tak, baik ke tak. Perlu ke kekalkan, perlu ke jadi je diri sendiri. Entahlah. Adalah kadang-kadang, aku rasa cemburu lah sikit, tengok orang pandai je tunjukkan yang dia sayang, tunjukkan dia ambil berat, tanya itu ini, pegang sana, belai sini (antara kawan okay maksud aku). Tapi aku? Keras. Kekok sangat bila nak cuba buat macam orang buat. Pernah sekali aku buat, rasa malu dia hanya Allah je yang tahu. Awkwaaaaard sangat!

Takpelah. People change, right? Moga suatu hari nanti, aku tak buatlah perangai macamni ni kat pasangan ke, kawan-kawan baharu ke, keluarga mentua ke. Moga ada lah perubahannya, sikit-sikit pun jadilah.

No comments:

Post a Comment